Tebing Tanah Runtuh Ketika Melombong Emas, Dua Maut

M Update, 21/05/2025 – Dua lelaki dilaporkan maut selepas tertimbus dalam kejadian runtuhan tebing tanah ketika dipercayai menjalankan aktiviti melombong emas di kawasan anak sungai Ladang Sawit Jerimbong, Jeli pada Rabu malam.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 8.20 malam itu turut melibatkan seorang lagi mangsa yang berjaya menyelamatkan diri.
Pihak bomba memaklumkan operasi menyelamat menghadapi cabaran berikutan laluan sempit ke lokasi kejadian sehingga pasukan penyelamat terpaksa menggunakan kenderaan pacuan empat roda untuk memasuki kawasan berkenaan.
Kedua-dua mangsa lelaki yang berusia sekitar 30-an ditemukan tertimbus sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

