Input your search keywords and press Enter.

13 Maut Bumbung Gereja Runtuh

M Update, 19/04/2019 – Sekurang-kurangnya 13 orang mati dan 16 yang cedera apabila bumbung sebuah gereja runtuh ketika upacara keagamaan di timur bandar Durban, Afrika Selatan.

Kemalangan itu berlaku pada petang semalam di bandar Dlangubo, utara Durban selepas hujan lebat melanda.

“Bumbung bangunan runtuh disebabkan hujan lebat malam tadi…ketika ini jumlah kematian adalah 13 orang,” kata jurucakap jabatan hal ehwal tradisional wilayah, Lennox Mabaso.

“Sebenarnya tragedi. 13 kematian, 16 orang menerima rawatan paramedik,” tulis jurucakap perkhidmatan kecemasan wilayah Kwa-Zulu Natal, Robert McKenzie. – AFP

Leave a Reply