Input your search keywords and press Enter.

Kapal MV Ever Given Berjaya Dialihkan

M Update, 29/03/2021 – Pasukan penyelamat berjaya mengalihkan kapal MV Ever Given di Terusan Suez setelah hampir seminggu tersekat di laluan perdangangan paling penting di dunia itu.

Walaupun kapal kargo itu berjaya diapungkan kembali, namun ia masih belum jelas bilakah laluan itu dapat dibuka kepada trafik, atau kepada lebih 450 kapal yang terkandas, sedang menungu, atau dalam perjalanan ke terusan itu. Usaha menyelamat dilakukan dengan menggali jauh ke dalam tebing terusan, kira-kira 27,000 meter padu pasir.

Penangguhan ini merupakan satu lagi tekanan untuk rantaian bekalan global. Kapal MV Ever Given, tersekat secara menyerong merintangi terusan itu sejak Selasa lalu, menutup laluan perdagangan global dari kedua-dua arah, timur dan selatan.

Ia menyebabkan kesesakan lalu lintas ke atas lebih 200 kapal di kedua-dua hujung terusan sepanjang 193 kilometer (km) dan menyebabkan kelewatan penghantaran minyak dan produk lain. Keadaan itu memaksa syarikat perkapalan mengubah laluan penting kapal dagang di sekitar Afrika.Kira-kira 10 peratus aktiviti perdagangan dunia bergantung pada Terusan Suez, terutamanya bagi tujuan penghantaran minyak dan gas ke Eropah. – Astro Awani