Input your search keywords and press Enter.

Admin

4142 Articles0 Comments

Enam Senator Angkat Sumpah

M Update, 10/3/2020 – Seramai enam senator baharu mengangkat sumpah di Dewan Negara, hari ini, susulan pengumuman pelantikan mereka menyertai Kabinet semalam. Upacara angkat sumpah itu dilakukan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri S A Vigneswaran di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur. Mereka ialah Mufti Wilayah Persekutuan Datuk…

Perbicaraan MH17 Tanpa Kehadiran Tertuduh

M Update, 10/3/2020 – Perbicaraan kes tembak jatuh pesawat MH17 milik Malaysia Airlines Berhad yang mengorbankan 298 penumpang enam tahun lalu bermula semalam di Kompleks Kehakiman Schipol (SJC) di Amsterdam. Perbicaraan kes berprofil tinggi itu adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah District The Hague (Mahkamah Rendah) mengikut sistem perundangan Belanda.…

Pelantikan Mufti sebagai Menteri Agama Bantu Kukuhkan Perpaduan Pelbagai Kaum

M Update, 10/3/2020 – Perwatakan sederhana dan toleransi Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), dalam menyelesaikan isu berkaitan agama sebelum ini, dipercayai mampu membantu memperkukuhkan perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara ini. Pengerusi Majlis Dakwah Negara, Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood…

KKM Sedia Perkhidmatan Pengambilan Sampel COVID-19 Di Rumah

M Update, 10/3/2020 – Kementerian Kesihatan (KKM) dengan kerjasama hospital dan pembekal perubatan swasta semalam melancarkan perkhidmatan pengambilan sampel COVID-19 di rumah bagi mereka yang ingin membuat ujian pengesanan penyakit itu tetapi tidak menepati kriteria pesakit dalam siasatan (PUI). Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dengan kolaborasi itu, orang…

Datuk Sulaiman Md Ali Ketua Menteri Melaka baharu

M Update, 9/3/2020 – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu, Datuk Sulaiman Md Ali, dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu. Beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Melaka mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka ke-12 di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob di Dewan Seri…

Tiada Kes Covid-19 Di Hospital Jempol

M Update, 9/2/2020 – Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNNS) menafikan berita yang tular di media sosial kononnya terdapat kes koronavirus (Covid-19) di Hospital Jempol. Pemangku Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Mohammad Faid Abd Rashid berkata, sehingga hari ini tiada sebarang rawatan atau kes Covid-19 di hospital itu dan beliau meminta orang…

Pengasuh Disyaki Dibunuh Patah Tulang Tengkuk

M Update, 9/3/2020 – Pengasuh yang ditemui mati disyaki dibunuh di Taman Sutera Idaman, Sungai Petani, semalam mengalami patah tulang tengkuk. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, penemuan itu diperoleh berdasarkan laporan bedah siasat. Katanya, pemeriksaan ke atas mayat mangsa, Haziah Yeap Osman, 58, turut mendapati…

Harga RON95 : Dijangka Boleh Turun Kepada RM1.32 Seliter?

M Update, 9/3/2020 – Kejatuhan mendadak harga minyak dunia susulan perang harga di antara pengeluar utama minyak dunia iaitu Arab Saudi dan Russia berkemungkinan menyaksikan harga runcit minyak, terutama RON95 berpotensi turun sehingga RM1.32 seliter, demikian mengikut MIDF Research, lapor BH Online. Bagaimanapun, bahagian penyelidikan ekuiti itu berkata, kejatuhan harga…

Hina Polis, Wanita Didenda RM6,000

M Update, 9/3/2020 – Akibat melemparkan kata-kata ‘bodoh polis bodoh’ kepada anggota polis menerusi rakaman video yang di muat naik dalam laman sosial Instagram, seorang suri rumah didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret Kuantan hari ini. Hukuman itu diperintahkan Majistret Nor Izzati Zakaria selepas tertuduh, Aini Syanina Ismail, 23, membuat pengakuan…

Azam Baki Dilantik Ketua Pesuruhjaya SPRM Yang Baharu

M Update, 9/3/2020 – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memperkenankan pelantikan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu. Pelantikan berkuat kuasa mulai 9 Mac 2020. Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri (PMO)…