Input your search keywords and press Enter.

Admin

4135 Articles0 Comments

Pelbagai Acara Dijadual Sempena Hari Keputeraan Rasmi Agong

M Update, 5/9/2019 – Pelbagai acara rasmi dijadualkan sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 9 September ini. Tarikh berkenaan diwartakan sebagai cuti umum sempena Hari Keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong bagi tahun ini. Acara sambutan dimulakan dengan Majlis Bacaan…

Lapor Jika Terlihat Aktiviti Mencurigakan Di Laut – ESSCom

M Update, 4/9/2019 – Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur (ESSCom) Datuk Hazani Ghazali meminta komuniti maritim khususnya nelayan agar melapor terus kepada pasukan keselamatan jika terlihat apa-apa aktiviti yang mencurigakan di laut. “Jangan teragak-agak untuk membuat laporan agar kita dapat hidup dalam keadaan harmoni dan selamat,” kata Hazani. Menurut…

Elak Buat Spekulasi Insiden Pegawai Komando Tertembak

M Update, 4/9/2019 – Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden pegawai komando tertembak ketika gimik penubuhan Divisyen Kelima Infantri Malaysia di Lok Kawi, Sabah, hari ini, kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu. Sebaliknya, orang ramai perlu menunggu hasil laporan bedah siasat bagi menghormati sensitiviti keluarga Allahyarham dan pihak…

Undi18 : Status Pelaksanaan Penuh Diketahui Akhir 2021

M Update, 4/9/2019 – Status proses pelaksanaan sepenuhnya Undi18 tahun dijangka akan dapat diketahui sekurang-kurangnya pada akhir tahun hadapan atau selewat-lewatnya pada akhir 2021, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun. Beliau berkata, ini kerana SPR perlu mengambil kira beberapa keperluan serta sesi libat urus terlebih dahulu bagi…

Dr M : Tiada Keperluan Lanjutkan Had Usia Persaraan

M Update, 4/9/2019 – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menyatakan tiada keperluan bagi had usia persaraan sedia ada dilanjutkan kepada 65 tahun. Beliau berkata, secara rasionalnya, sebahagian besar individu pada lingkungan usia itu tidak lagi mampu untuk bekerja secara cekap selain berdepan beberapa kekangan berkaitan, termasuk faktor kesihatan. “Zaman…

Kebocoran Gas : Murid Diarah Pulang

M Update, 3/9/2019 – Seramai 120 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Redan, Ayer Molek daerah Melaka Tengah, dekat sini, diarah keluar dari kawasan pekarangan sekolah serta-merta, tengah hari tadi. Pengarah Jabatan Pendidikan Melaka, Datuk Abu Bakar Sahari, berkata ia susulan kejadian kebocoran gas ammonia dari sebuah kilang pemprosesan ayam di…

KSN : Had Usia Persaraan Kekal 60 Tahun

M Update, 3/9/2019 – Kerajaan tidak berhasrat untuk melanjutkan had umur persaraan penjawat awam daripada usia 60 tahun ketika ini kepada 65 tahun, kata Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar. Katanya, keputusan itu muktamad dan terkini dibuat oleh Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Pembaharuan Perkhidmatan Awam yang bermesyuarat pada…

Sijil Ajar Agama Ditarik Jika Langgar Undang-Undang: Mujahid

M Update, 3/9/2019 – Sijil tauliah mengajar agama Islam akan ditarik jika pengajar didapati melanggar mana-mana undang-undang yang ditetapkan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, semua pihak termasuk pemegang tauliah mengajar agama perlu menghormati undang-undang serta sensitiviti, kepelbagaian kaum dan bangsa di negara ini. “Ada…