Input your search keywords and press Enter.

Admin

4135 Articles0 Comments

Waytha Moorthy : Kibarkan Jalur Gemilang Semarakkan Sambutan Hari Kebangsaan

M Update, 21/8/2019 – Amalan murni seperti mengibarkan Jalur Gemilang antara contoh terbaik dalam menghayati semangat kemerdekaan yang perlu dihayati dan dipupuk rakyat sempena kedatangan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tidak lama lagi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator P Waytha Moorthy. Beliau berkata contoh itu dapat memastikan keharmonian…

KPN : Individu Bangkit Isu Perkauman Terus Ditangkap, Tiada Lagi Amaran

M Update, 21/8/2019 – Tiada lagi amaran dikeluarkan terhadap pihak-pihak yang cuba membangkitkan sensitiviti perkauman, bangsa dan agama; sebaliknya mereka yang terlibat termasuk pemimpin politik akan disiasat dan ditangkap serta-merta, kata Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador. “Saya tidak teragak-agak untuk menangkap mereka (pihak bangkitkan isu perkauman) dan…

Kerajaan Terbuka Cadangan Sedia Khidmat GoJek

M Update, 21/8/2019 – Kerajaan sentiasa terbuka dalam menerima kertas cadangan daripada pelabur swasta dalam perkhidmatan pengangkutan termasuk cadangan daripada perkhidmatan teksi motosikal, GoJek. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata cadangan mengenai perkara itu juga akan dibentangkan kepada kabinet oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dan kementeriannya…

Menteri : Kereta Terbang Pertama Malaysia Sudah 85 Peratus Siap

M Update, 20/8/2019 – Kerja membina kereta terbang pertama Malaysia sudah 85 peratus siap, menurut Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof. Prototaip kereta terbang itu menurut beliau, sedang dibina oleh sebuah syarikat Malaysia di Jepun, berikutan kuasa ekonomi itu mempunyai ekosistem sokongan untuk industri kereta terbang. “Saya…

10,000 Lampu LED Bakal Terangi Jalan-Jalan Kampung

M Update, 20/8/2019 – Kerajaan memperuntukkan lebih 10,000 lampu tenaga jenis diod pemancar cahaya (LED) di jalan-jalan kampung bermula dari tahun ini hingga tahun hadapan melalui inisiatif Incentive Based Regulation (IBR). Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun berkata, ia selaras dengan komitmen bagi mencapai penjimatan penggunaan tenaga sebanyak…

Penerbitan Utusan Malaysia, Kosmo! dihentikan?

M Update, 20/8/2019 – Utusan Melayu (M) Bhd (Utusan) akan menghentikan penerbitan dua akhbarnya, Utusan Malaysia dan Kosmo! bermula Khamis ini untuk satu tempoh yang tidak ditetapkan. Beberapa kakitangan syarikat itu yang dihubungi mendakwa perkara itu dimaklumkan oleh pengarang kedua-dua akhbar itu kepada kakitangan mereka petang semalam. Kakitangan yang enggan…

Sultan Brunei Yakin Kewibawaan, Kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah Terajui Negara

M Update, 20/8/2019 – Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, menzahirkan keyakinan baginda terhadap kewibawaan dan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerajui Malaysia. Sultan Hassanal bertitah, Seri Paduka akan sentiasa dihormati dan dikasihi serta mampu menerajui pemerintahan yang cemerlang berkat usaha Al-Sultan Abdullah yang terus-menerus menitikberatkan…