Input your search keywords and press Enter.

Admin

4135 Articles0 Comments

TPM : Penjualan ‘Ghost Smoke’ Perlu Dihentikan

M Update, 23/7/2019 – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu penjualan gula-gula ‘Ghost Smoke’ yang mengeluarkan asap seakan-akan rokok apabila disedut dihentikan segera. Pada masa yang sama beliau meminta ibu bapa meningkatkan pemantauan ke atas anak masing-masing. “Saya tidak mahu perkara ini menjadi penyakit masyarakat…

Kucing ‘Tunjuk’ Tempat Bayi Dibuang

M Update, 22/7/2019 – Bayi perempuan masih bertali pusat ditemui di atas rumput di kawasan pembakaran sampah dekat Jalan Dusun Muda, Kota Bharu, hari ini. Bayi yang ditemui penduduk kampung pada 8.10 pagi itu dipercayai baru dilahirkan kerana masih terdapat kesan darah di anggota badannya. Menurut saksi, Mohd Norazam Che…

Enam Acara Utama Sempena Istiadat Pertabalan Agong

M Update, 22/7/2019 – Enam acara utama disusun atur sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bermula Khamis ini. Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Jabatan Perdana Menteri (JPM), Roziah Abudin, berkata semua acara itu ditentukan melalui Jawatankuasa Khas Istiadat Pertabalan yang dipengerusikan Menteri di JPM,…

Sambut Ulang Tahun Ke-101 Di Mekah

M Update, 22/7/2019 – Tidak terbayang di fikirannya bahawa pada usianya menginjak ke 101 tahun Abdul Gapak Mahmud dijemput menjadi duyufurrahman atau tetamu ALLAH , apatah lagi hari lahirnya disambut Muassasah Asia Tenggara dalam sebuah majlis di Abraj Janadriyah hari ini. Abdul Gapak, seorang bekas nelayan dari Kudat, Sabah, menunaikan…

Sambutan Hari Pahlawan 2019 September Ini

M Update, 22/7/2019 – Penganjuran acara Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2019 di peringkat Persekutuan akan diadakan pada September depan. Majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat sempena sambutan itu akan diadakan pada jam 7.10 malam, 18 September di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Istiadat Perbarisan dijadualkan pada jam 8.30 pagi, 19…

Haramkan Penjualan Gula-Gula Berasap Seperti Rokok

M Update, 22/7/2019 – Ibu bapa diminta supaya lebih peka dan memantau anak-anak mereka supaya tidak membeli gula-gula Ghost Smoke yang mengeluarkan asap seakan-akan rokok apabila disedut. Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Papar, Mohd Fauzi Sahat, berkata beliau mendapati gula-gula itu dijual secara berleluasa…

Hidang Ayam Goreng ‘Berulat’, Restoran Diarah Tutup

M Update, 22//7/2019 – Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan mengarahkan sebuah restoran di Teluk Kemang ditutup dua minggu bermula hari ini berikutan pelanggan menemui ulat dalam hidangan daging ayam. Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Datuk Dr Zainudin Mohd Ali, berkata arahan itu dikeluarkan selepas pemeriksaan mendapati ia juga beroperasi dalam keadaan kotor.…

4 Loji Rawatan Air Di Selangor Ditutup Semula

M Update, 22/7/2019 – Empat Loji Rawatan Air (LRA) ditutup semula selepas Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) mengesan minyak diesel mencemari sumber air mentah Sungai Selangor. Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas pada jam 6 petang semalam, diikuti LRA Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) jam…