Input your search keywords and press Enter.

Admin

4135 Articles0 Comments

Guru Fizik Maut Kemalangan

M Update, 19/7/2019 – Seorang guru wanita maut selepas kereta jenis Perodua Viva yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Kilometer (KM) 40 Jalan Lipis-Sungai Koyan dekat sini, petang semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa, Mazlina Abdullah, 38, berasal dari Tumpat, Kelantan, maut di tempat kejadian akibat…

Pencemaran Racun Serangga : SK Linggi Ditutup

M Update, 19/7/2019 – Sekolah Kebangsaan (SK) Linggi di Port Dickson ditutup hari ini untuk proses pembersihan dan pemantauan susulan pencemaran racun serangga yang mengakibatkan 42 murid terjejas, semalam. Kejadian pada jam 10 pagi itu membabitkan 12 murid lelaki dan 30 perempuan dengan siasatan awal mendapati murid terbabit terhidu bahan…

Kes Pijak Al-Quran : 4 Remaja Perempuan Ditahan

M Update, 19/7/2019 – Empat remaja perempuan ditahan polis berhubung video yang viral seorang daripada mereka memijak al-Quran. Kejadian itu dipercayai berlaku di Kusial, Tanah Merah dan viral di Facebook (FB) sejak petang semalam. Keempat-empat suspek berusia antara 17 hingga 18 tahun itu ditahan di sekitar daerah itu sejak 2…

Polis : Jauhi Kawasan Penemuan Harimau

M Update, 19/7/2019 – Polis Daerah Dungun menasihatkan orang ramai supaya menjauhi kawasan penemuan dua harimau yang dilaporkan berkeliaran di Kampung Besul Lama, Bukit Besi, sejak pagi semalam. “Jangan anggap ini pesta, biarpun harimau itu kelihatan jinak namun kita bimbang sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku,” kata Ketua Polis Daerah…

Malaysia Tangga Pertama Di Asia Tenggara Dalam Indeks Kebebasan Media

M Update, 19/7/2019 – Malaysia mencapai tangga pertama dalam kalangan negara Asia Tenggara bagi Indeks Kebebasan Media 2019, menurut Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Menurutnya, indeks itu juga meletakkan Malaysia di tangga 123 berbanding 145 negara di dunia. Ia antara pencapaian indikator antarabangsa yang diraih Malaysia hasil komitmen kerajaan…

KDN Laksana Program Hantar Pulang PATI

M Update, 19/7/2019 – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan melaksanakan Program Pendatang Asing Tanpa lzin (PATI) Pulang Ke Negara Asal bagi memberi peluang kepada warga asing yang telah melakukan kesalahan di bawah Akta lmigresen 1959/63 (Akta 155) untuk pulang ke negara asal secara sukarela mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Program B4G…

Pendaftaran Pemilih Dengan Berswafoto Bersama MyKad

M Update, 19/7/2019 – Urusan pendaftaran pemilih dan permohonan tukar bahagian pilihan raya bagi pemilih yang telah menukar alamat bermastautin dalam kad pengenalan masing-masing kini boleh dilakukan secara dalam talian dengan hanya menyertakan gambar pemohon berswafoto dengan kad pengenalan. Apa yang perlu dilakukan ialah pemohon hanya perlu ke laman sesawang…

JAS : Ganjaran Untuk Pemberi Maklumat Pencemaran

M Update, 19/7/2019 – Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan memberikan ganjaran kepada individu yang menyalurkan maklumat berhubung pencemaran alam sekitar terutama di Pasir Gudang. Ketua Pengarah Alam Sekitar, Norlin Jaafar, berkata selain ganjaran sehingga RM5,000, identiti pemberi maklumat berkenaan juga akan dilindungi JAS. “Pemberi maklumat sahih akan diberi ganjaran dan…

39 Pelajar Dari 5 sekolah Di Pasir Gudang Alami Sesak Nafas, Muntah

M Update, 19/7/2019 – Seramai 39 pelajar dari lima buah sekolah di Pasir Gudang mengalami simptom muntah dan sesak nafas, pagi semalam. Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan, Mohd Khuzzan Abu Bakar, berkata tiada pelajar yang dirujuk ke Hospital Sultan Ismail untuk mendapatkan rawatan susulan kerana semuanya hanya mendapatkan…