Input your search keywords and press Enter.

Admin

4140 Articles0 Comments

Gangguan Bekalan Air Di Selangor, KL Minggu Depan

M Update, 16/7/2019 – Beberapa kawasan di daerah Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 23 hingga 26 Julai ini. Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan berkata penutupan bekalan air itu bagi memberi…

Duriotourism Buat Peminat Raja Buah

M Update, 16/7/2019 – Kampung Talang Hulu yang terletak kira-kira tiga kilometer dari plaza tol Kuala Kangsar adalah destinasi persinggahan wajib kepada mereka yang ingin menikmati buah-buahan tempatan, terutamanya kepada peminat raja buah. Di situlah terletaknya Duriotourism Kuala Kangsar yang merupakan sebuah pusat agropelancongan berasaskan durian pertama di Malaysia. Kawasan…

KKM : Orang Ramai diminta Salur Maklumat Penjualan Pil Gugur Janin

M Update, 16/7/2019 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meminta orang ramai untuk menyalurkan maklumat mengenai penjualan produk Misoprostol dan Mifepristone dalam talian yang digunakan untuk tujuan menggugurkan janin. Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kedua-dua produk tersebut merupakan produk tidak berdaftar dan tidak dibenarkan untuk dijual di pasaran…

Dr M : Pelaksanaan Semula PPSMI Dikaji Secara Terperinci

M Update, 16/7/2019 – Pelaksanaan semula dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sedang dikaji secara terperinci dengan menyediakan sistem baharu melibatkan pengajaran melalui teknologi maklumat (IT). Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata melalui sistem itu, pengajaran yang direkod oleh guru terbaik akan diguna di…

Tidak Boleh Digelar Permaisuri Kelantan Tanpa Pengumuman Rasmi

M Update, 16/7/2019 – Tiada sesiapa boleh digelar sebagai Permaisuri Kelantan, Raja Perempuan Kelantan, Sultanah Kelantan atau ‘Queen of Kelantan’ tanpa sebarang pengumuman rasmi dari Istana Kelantan. Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan, berkata Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra adalah Tengku Mahkota Kelantan. Katanya, bonda Sultan…

E-Taib Aplikasi Whatsapp Persoalan Ibadah Haji

M Update, 16/7/2019 – Jemaah haji kini boleh mendapatkan jawapan kepada persoalan ibadah haji dengan pantas dan berkesan menerusi e-Taib, platform pertanyaan menerusi aplikasi WhatsApp yang dilancarkan Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini. Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, berkata sebelum ini jemaah haji mengemukakan…

Semak Arah Kiblat Hari Ini

M Update, 16/7/2019 – Umat Islam di Malaysia boleh membuat semakan dan mengesahkan arah kiblat hari ini apabila kedudukan matahari berada tepat di atas Kaabah berikutan fenomena unik yang berlaku dua kali setahun. Planetarium Negara, dalam satu kenyataan, memaklumkan penentuan arah kiblat boleh dilakukan dengan memerhati bayang-bayang matahari yang dihasilkan…

PM Bentang Pindaan Perlembagaan Hari Ini

M Update, 16/7/2019 – Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 dijadual dibentangkan semula pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini. Berdasarkan aturan urusan mesyuarat dan usul-usul Dewan Rakyat, RUU yang berada pada kedudukan pertama itu akan dibentangkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. RUU yang bakal menyaksikan pindaan had umur mengundi…

Kini Van Jenazah Pula Jadi Mangsa

M Update, 15/7/2019 – Sebelum ini kubur dan batu nisan yang dibakar dan dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Tetapi semalam kita dikejutkan pula dengan van jenazah yang dirosakkan. “PASTI ada hikmah di sebalik kejadian dan saya doakan orang melakukannya mendapat hidayah Allah SWT,”. Demikian kata pengurusan Masjid Jamek al-Hidayah,…

KKM Rampas Ubat Kuat ‘Soloco Candy’

M Update, 15/7/2019 – Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) merampas sejumlah ubat kuat lelaki jenama Soloco Candy disyaki mengandungi racun berjadual Tadalafil bernilai RM510,000 di sebuah kilang di Damansara semalam.  Pengarahnya, Datuk Dr. Khalid Ibrahim berkata, serbuan pukul 9.30 pagi itu dilakukan selepas pihaknya mendapati kilang itu menjalankan aktiviti pengilangan produk…