Input your search keywords and press Enter.

Keselamatan

Tetak Adik Demi Duit

M Update, 23/4/2019 – Hanya kerana permintaannya untuk mendapatkan wang tidak dipenuhi, lelaki menetak pergelangan tangan kiri adiknya menggunakan parang dalam kejadian di Kampung Baru Bahagia, Anak Musang, di Jerteh, kelmarin. Kejadian dipercayai berlaku 1.30 petang ketika mangsa lelaki berusia 26 tahun berada di rumah bersama suspek berusia 33 tahun…

Polis Terima Laporan Dua saksi Inkues Adib Diugut

M Update, 23/4/2019 – Polis mengesahkan menerima laporan polis daripada dua doktor pakar yang juga saksi inkues kematian Muhammad Adib Mohd Kassim, Sabtu lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata dua doktor pakar dari Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) itu membuat laporan polis di…

Awas Obor-Obor Di Pantai

M Update, 22/4/2019 – Sebanyak 15 papan tanda amaran larangan mandi di pantai Tanjung Aru di Kota Kinabalu diletakkan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) susulan kehadiran obor-obor atau balung api di pantai berkenaan. Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya DBKK, Robert Lipon berkata, papan tanda amaran itu diletakkan sejak 10…

Maut Dikelar Rakan Senegara

M Update, 22/4/2019 – Seorang lelaki warga Thailand maut dikelar di leher menggunakan pisau pemotong sayur oleh rakan senegara di kedai makan di Taman Bukit Emas, Rahang di Seremban, malam tadi. Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd Rosli Ishak berkata, sebelum pergaduhan berlaku, suspek dikatakan tidak berpuas hati dengan…

Maut Selepas Balik Kenduri

M Update, 22/4/2019 – Seorang pemandu peribadi maut apabila motosikal ditunggangnya merempuh kereta di Kilometer 6 Jalan Kuala Pilah–Batu Kikir berhampiran Kampung Pelangai, Kuala Pilah, petang semalam. Dalam kejadian 5.20 petang itu, mangsa Ahmad Tajudin Zahalan, 39, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan anggota badan. Difahamkan,…

Adib Mungkin Diserang Perusuh- Saksi Pakar

M Update, 19/4/2019 – Anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim berkemungkinan besar diserang oleh perusuh yang datang dari arah belakang atau berhampiran van Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) pada awal pagi, 27 November tahun lalu. Bekas Pakar Perunding Kanan Forensik dan Patologi Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (dahulu dikenali sebagai…

Padah Tunjuk Anu

M Update, 19/4/2019 – Gara-gara berkelakuan tidak senonoh, seorang lelaki ditahan oleh pihak polis. Dia ditangkap selepas enam jam selepas aksi lucahnya ditularkan di media sosial Facebook (FB), hari ini. Video berdurasi 1.29 minit itu pada awalnya memaparkan lelaki memasuki sebuah premis di Kota Tinggi dan cuba menunjukkan kemaluannya kepada…

KERIS Telah Dilancarkan Di China

M Update, 19/4/2019 – Tentera Laut Diraja Malaysia telah mengabadikan senjata tradisional Melayu, KERIS sebagai nama Kapal Misi Pesisir (Littoral Mission Ship, LMS) yang pertama. KERIS telah dilancarkan di Shuangliu Manufacturer Base, Wuchang Shipbuilding Industrial Group, Wuhan, China baru-baru ini. Majlis Perasmian LMS yang pertama telah disempurnakan oleh isteri Menteri…

Terowong Penchala Ditutup Pada Sabtu

M Update, 18/4/2019 – Laluan di Terowong Penchala Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint) menghala ke Taman Tun Dr Ismail (TTDI)/ Lebuhraya Damansara Puchong/Kg Sungai Penchala akan ditutup sementara Sabtu ini bagi memberi laluan kepada latihan kecemasan. Ketua Jabatan Komunikasi Kumpulan Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak), Shah Rizal…

Putus Kaki Akibat Kemalangan

M Update, 18/4/2019 – Seorang penunggang motosikal putus kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Jelutong di sini, petang semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, Muhammad Kamil Raja Mydin, 18, putus kaki kanan sehingga paras lutut selepas motosikalnya dipercayai terbabas sendiri. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten…