Input your search keywords and press Enter.

Keselamatan

Rentas Negeri : Tiada Lagi SJR Mulai Esok

M Update, 9/6/2020 – Mulai esok, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak lagi akan membuat sekatan jalan raya bagi menghalang pergerakan rentas negeri. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tumpuan PDRM selepas itu adalah terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di premis perniagaan…

Jangan Alpa Walaupun Kes COVID-19 Turun Ke Satu Angka

M Update, 9/6/2020 – Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang akan bermula esok sehingga 31 Ogos depan, memberikan kelegaan kepada orang ramai apabila lebih banyak kelonggaran diberikan, untuk menjalani rutin kehidupan harian.  Pelaksanaan PKPP menyaksikan bukan sahaja hampir kesemua sektor ekonomi kembali beroperasi, malah kegiatan sosial, pendidikan, keagamaan, dan rekreasi, juga…

Penjaja Warga Asing Degil Terus Digempur

M Update, 4/6/2020 – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terus menggempur penjaja warga asing yang masih berdegil meneruskan operasi mereka di kawasan luar Pasar Borong Kuala Lumpur di sini, hari ini. Jurucakap DBKL berkata, seramai 14 pegawai dan anggota penguat kuasa DBKL melakukan pemeriksaan di Jalan 1/2A berhampiran pintu keluar…

Mangsa, Keluarga Boleh Saman Pemandu Mabuk

M Update, 4/6/2020 – Mangsa atau ahli keluarga boleh mengemukakan tuntutan sivil bagi menuntut pembelaan atas kecuaian pemandu mabuk yang menyebabkan kecederaan atau kematian. Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Kawalan Lalu Lintas/Pengurusan Saman) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain, berkata mereka mempunyai hak untuk membuat tuntutan itu…

Dua Tindakan ‘Unik’ Malaysia Berjaya Bendung COVID-19 – Noor Hisham

M Update, 4/6/2020 – Pengasingan individu yang positif COVID-19 walaupun tidak bergejala dan mengkuarantin rakyat yang pulang dari luar negara adalah dua tindakan ‘unik’ Malaysia yang terbukti berjaya membendung penularan wabak itu di negara ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Malaysia juga adalah negara pertama dan…

Kerajaan Belum Putuskan Sama Ada PKPB Disambung – Ismail Sabri

M Update, 3/6/2020 – Kerajaan belum memutuskan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berakhir Selasa depan, akan dilanjutkan atau sebaliknya. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia berikutan perbincangan mengenai perkara itu belum dilakukan. “Seperti biasa, setiap kali sambung (PKPB), kita akan membuat pengumuman. Setakat…

Mangsa Keracunan Puding Buih Meninggal

M Update, 3/6/2020 – Selepas 10 hari bertarung nyawa di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), mangsa keracunan puding buih meninggal dunia hari ini. Wanita berusia 25 tahun dari Marang menghembuskan nafas terakhir di unit rawatan rapi (ICU) jam 10.40 pagi, akibat kegagalan multiorgan akibat kejutan sepsis. Difahamkan, mangsa bersama beberapa…

DBKL Beku Lesen Minuman Keras Serta Merta

M Update, 2/6/2020 – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membekukan semua permohonan baharu lesen minuman keras di ibu negara berkuat kuasa serta-merta. Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, DBKL menerusi Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Penjaja memaklumkan, akan mengenakan tindakan tegas ke atas mana-mana peniaga yang ingkar. “Tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap…