Input your search keywords and press Enter.

Keselamatan

JPV : Tak Perlu Takut Makan Ayam

M Update, 13/5/2020 – Orang ramai tidak perlu bimbang untuk memakan daging ayam, susulan penutupan sebuah kilang pemprosesan ayam selepas 60 pekerjanya positif COVID-19 di Pedas, Negeri Sembilan, baru-baru ini. Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mendedahkan kilang pemprosesan ayam yang dikendalikan syarikat di Pedas itu antara 28 loji pemprosesan komersial di…

Sekiranya Masih Tidak Patuh, PKPB Boleh Jadi PKP Semula

M Update, 12/5/2020 – Kerajaan mendapati masyarakat seolah-olah mengambil mudah kelonggaran diberikan menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), seolah-olah tiada undang-undang. Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ada orang ramai mengambil kesempatan keluar beramai-ramai dan bergerak bebas, termasuk membawa anak ke pusat beli-belah dan ia tidak sepatutnya…

PKPD Pasar Borong KL, PBU Ditamatkan

M Update, 12/5/2020 – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) keenam iaitu di kawasan Pasar Borong Kuala Lumpur dan Pusat Bandar Utara (PBU), ditamatkan hari ini. Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah melakukan saringan Covid-19 ke atas semua penduduk di dua kawasan…

Mukim Ampang Kini Zon Hijau

M Update, 12/5/2020 – Mukim Ampang di daerah Hulu Langat kini berada dalam zon hijau selepas tiada lagi kes positif baharu COVID-19 direkodkan di kawasan itu, semalam. Ampang sebelum ini merekodkan 80 kes dan sehingga kelmarin, ia merekodkan dua kes aktif manakala di peringkat daerah, Hulu Langat masih berada di…

Hargai Pengorbanan Jururawat Hadapi Krisis COVID-19

Berbeza dengan sambutan sebelum ini, Hari Jururawat Sedunia 2020 pastinya mencatat sejarah baharu dalam profesion kejururawatan termasuklah di Malaysia. Ini kerana seluruh dunia sedang berperang melawan pandemik COVID-19 dan golongan jururawat adalah antara wira barisan hadapan yang menjadi ‘benteng’ untuk membendung penularan wabak penyakit ‘pembunuh’ ini. Mereka sebenarnya bukan sahaja…

Tunggu Pengumuman PM Berkaitan PKPB – Ismail Sabri

M Update, 8/5/2020 – Sama ada kerajaan akan melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berakhir pada 12 Mei ini masih belum diputuskan. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau belum memperoleh maklumat berhubung perkara itu. “Sebaiknya kita tunggu nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) kerana Akta…

Pengawal Keselamatan Warga Asing Diwajibkan Ujian Saringan COVID-19

M Update, 8/5/2020 – Semua pengawal keselamatan warga asing diwajibkan menjalani ujian saringan COVID-19, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau menegaskan langkah itu diputuskan kerana pengawal keselamatan mempunyai kontak rapat dengan orang ramai terutama yang bekerja di tempat kunjungan ramai seperti pasar raya besar. Katanya, Kementerian…

Rentas Negeri Selepas 10 Mei Perlu Kebenaran Polis

M Update, 8/5/2020 – Orang ramai yang ingin merentas negeri selepas 10 Mei perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak polis. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, rentas negeri itu pula hanya untuk kes kecemasan seperti kematian dan sebagainya. Beliau berkata, sebelum ini, kerajaan hanya memberi kebenaran perjalanan…

Polis Siasat Wanita Pijak Anak Kucing

M Update, 8/5/2020 – Polis sedang menyiasat tindakan kejam sekumpulan wanita yang mendera kucing dengan memijak-mijak haiwan itu hingga mati. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff, berkata pihaknya menerima laporan itu dan masih menjalankan siasatan. “Berdasarkan semakan mendapati laporan polis pertama dibuat di Ibu Pejabat Polis…