Input your search keywords and press Enter.

COVID-19: PKP dilanjutkan hingga 14 April ini – PM

M Update, 25/3/2020 – Kerajaan mengambil keputusan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga 14 April ini susulan kes positif COVID-19 masih berlaku, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Perdana Menteri berkata, keputusan perlanjutan itu dimaklumkan lebih awal bagi memberi ruang kepada rakyat untuk membuat persediaan awal. “Saya diberikan taklimat oleh…

Waktu Operasi Pengangkutan Awam Dihadkan

M Update, 25/3/2020 – MOD pengangkutan awam di seluruh negara hanya akan dibenarkan beroperasi dari 6 pagi ke 10 pagi dan 5 petang ke 10 malam sahaja setiap hari, berkuat kuasa hari ini sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menerusi kenyataan semalam, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong…

COVID19 : Jangan Sampai Gelombang Ketiga

M Update, 25/3/2020 – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, sekali lagi merayu rakyat Malaysia untuk kekal berada di rumah dan mengambil serius Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini memasuki minggu kedua. Dalam satu hantaran yang dimuat naik melalui laman sosial Facebook pada pagi ini, beliau menegaskan, kegagalan…

Jangan ‘Serbu’ Mesin ATM, Pasar Raya!

M Update, 25/3/2020 – Seperti sedia dimaklumi, semua penjawat awam menerima gaji pada hari ini, namun perlu diingatkan agar mereka terus kekal mematuhi peraturan kerajaan iaitu, mengehadkan perjalanan masing-masing sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sejak dikuatkuasakan, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan memasuki hari kelapan hari ini. Sebagaimana lazim pada hari…

COVID-19: Tidak Perlu Perbaharui Lesen Memandu Sepanjang PKP

M Update, 25/3/2020 – Pemegang lesen memandu dikecualikan daripada memperbaharui lesen sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Arahan itu berkuat kuasa hari ini selaras dengan Sekyen 66 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), sekali gus mengetepikan arahan meminta pemegang lesen memandu individu memperbaharui lesen secara dalam talian melalui…

Mekanik Mengaku Halang Tugas Polis

M Update, 23/3/2020 – Mekanik mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Sungai Siput hari ini atas kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan wabak Covid-19. S Punniamurthy, 33, didakwa dengan sengaja menghalang Timbalan Ketua Polis Daerah Sungai Siput (Utara) berpangkat Deputi Superintendan yang sedang melakukan pemantauan…

COVID-19: Tiada Topeng Muka Tak Boleh Naik Feri

M Update, 23/3/2020 – Bermula hari ini, Jabatan Laut mewajibkan semua penumpang feri antara Langkawi-Kuala Kedah dan Langkawi-Kuala Perlis memakai topeng muka. Pegawai Laut Langkawi, Ghadzali Ahmad, berkata penumpang yang gagal mematuhi arahan itu tidak akan dibenarkan menaiki feri. Katanya, arahan itu bertujuan melindungi penumpang dan kru feri daripada terdedah…

Pergerakan Dari Semenanjung Ke Sabah/Sarawak Dan Sebaliknya Tidak Dibenarkan Ketika Ini

M Update, 23/3/2020 – Pergerakan dari Semenanjung ke Sabah serta Sarawak, dan sebaliknya, adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini dikuatkuasakan, menurut Kementerian Luar Negeri. Dalam satu kenyataan menjawab soalan lazim (FAQ) mengenai Perintah Kawalan Pergerakan, kementerian itu memaklumkan sebarang pergerakan dalam Semenanjung, boleh dirujuk kepada Polis Diraja…

Agong Titah Rakyat Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan

M Update, 20/3/2020 – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billlah Shah hari ini sekali lagi menitahkan rakyat supaya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang ditetapkan kerajaan bermula 18 hingga 31 Mac, dalam usaha bersama-sama membendung penularan wabak COVID-19. Menerusi akaun Instagram Istana Negara, Al-Sultan Abdullah dilihat mencemar duli turun…

Perintah Kawalan Pergerakan: Khidmat Tentera Akan Digunakan Bermula Ahad

M Update, 20/3/2020 – Khidmat tentera akan mula digerakkan Ahad ini bagi membantu polis memantau pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan untuk memastikan rakyat berada di rumah masing-masing, dalam usaha membendung penularan kes COVID-19. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan yakin dengan bantuan kawalan daripada pihak tentera, perintah…