Input your search keywords and press Enter.

Tabung COVID19 : Jemaah Menteri Derma 2 Bulan Gaji

M Update, 26/3/2020 – Jemaah Menteri memutuskan agar dua bulan gaji Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri dipotong dan disalurkan ke Tabung COVID-19. Langkah ini membuktikan kesungguhan kerajaan untuk membantu mereka yang menerima kesan akibat penularan wabak COVID-19. Tabung COVID-19 dilancarkan pada 11 Mac lalu sebagai usaha kerajaan, membantu rakyat…

Agong, Permaisuri Kuarantin Diri Selepas 7 Petugas Istana Negara Positif

M Update, 26/3/2020 – Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri, kini menjalani proses kuarantin diri selama 14 hari bermula semalam, selepas tujuh petugas Istana Negara dikesan positif COVID-19. Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah,…

NADMA : Siapa Layak Dapat RM100 Sehari?

M Update, 26/3/2020 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) mengesahkan hanya pesakit yang dirawat di wad dan dikenakan perintah pengawasan serta pemerhatian bagi kontak Covid-19 yang layak menerima bantuan RM100 sehari melalui Bantuan Tabung Covid-19. Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri itu dalam kenyataan memaklumkan Bantuan Tabung Covid-19 bukan untuk…

Kanak-Kanak Kanser Darah, Disahkan Positif Covid-19

M Update, 26/3/2020 – Ujian berat buat kanak-kanak berusia dua tahun apabila bukan saja menghidap kanser darah, malah menjadi mangsa termuda positif Covid-19 di Kelantan. Muhammad Fateh Aqil Mohd Nazmee yang sepatutnya menjalani rawatan kimoterapi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), namun terpaksa menangguhkan selepas ujian darah yang dilakukan mendapati…

Jenazah Mangsa Ke-20 Selamat Dikebumi

M Update, 26/3/2020 – Lelaki yang ke-20 meninggal dunia akibat Covid-19, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gong Manok, Pasir Puteh, 11 malam tadi. Jenazahnya dibawa ke tanah perkuburan berkenaan jam 9 malam dengan diiringi petugas kesihatan yang berpakaian lengkap dengan peralatan perlindungan peribadi (PPE). Pengebumian Yunus Udin, 76, dikendalikan…

Rakyat Ingkar PKP Bakal Berdepan Tindakan Lebih ‘Keras’ Pada Minggu Kedua – Hamzah

M Update, 26/3/2020 – Tindakan lebih ‘keras’ akan dilaksanakan pada minggu kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terhadap orang ramai yang masih ingkar dengan arahan itu, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin. Beliau berkata untuk minggu pertama PKP sebelum ini, polis mengambil tindakan secara berhemah dan memberi nasihat dengan baik…

Mekanik Didenda RM8,000 Hina Polis ‘Beruk’

M Update, 25/3/2020 – Mekanik dijatuhi hukuman denda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen Alor Setar, hari ini selepas mengaku bersalah menghina Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Facebook pada 21 Mac lalu. Mohd Fathi Hasan, 32, dari Jitra turut berdepan hukuman penjara empat bulan sekiranya gagal menjelaskan denda itu. Keputusan dibuat Hakim…

HSA Tidak Arah Tutup Larkin Sentral

M Update, 25/3/2020 – Pengurusan Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru, tidak pernah mengarahkan Larkin Sentral ditutup. Pengarah HSA, Dr Mohtar Pungut @ Ahmad berkata, pihaknya menafikan mesej tular di aplikasi WhatsApp sejak semalam yang mengatakan pihaknya meminta Larkin Sentral ditutup. Katanya, kuasa arahan perintah tutup mana-mana premis dan…

Usah Lakukan ‘Pergerakan Panik’ – PM

M Update, 25/3/2020 – Orang ramai tidak perlu melakukan pergerakan panik susulan keputusan kerajaan melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Menitipkan peringatan itu, Perdana Menteri berkata, mana-mana rakyat yang masih berada di kampung ketika ini dinasihatkan terus berada di sana sepanjang…

KPN: ‘Dedah Nama Pesakit Akan Resahkan Masyarakat’

M Update, 25/3/2020 – Desakan beberapa pihak supaya senarai nama individu positif jangkitan COVID-19 didedahkan kepada orang awam hanya akan menimbulkan ketakutan dan kebimbangan dalam kalangan masyarakat. Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata perkara itu menyalahi peruntukan undang-undang sedia ada seperti dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr…