Input your search keywords and press Enter.

Baki 132 Ahli Parlimen Menghadap Agong Hari Ini

M Update, 26/2/2020 – Sesi kedua Ahli Parlimen menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijadual berlangsung hari ini, sekali gus menjadi antara tumpuan utama hal berkaitan perkembangan terkini situasi politik semasa di Malaysia. Al-Sultan Abdullah berkenan menerima menghadap dan mendengar sendiri pendirian baki 132 daripada 222…

Misi Kedua 66 Rakyat Malaysia Dari Wuhan Selamat Tiba Di KLIA

M Update, 26/2/2020 – Pesawat khas misi kedua membawa pulang rakyat Malaysia, pasangan dan anak-anak mereka dari Wuhan, China, susulan wabak COVID-19, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), awal hari ini. Pesawat AirAsia dalam Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) yang digerakkan oleh kerajaan Malaysia itu, tiba pada jam…

Jangan Cetus Provokasi – Polis Kedah

M Update, 25/2/2020 Polis memberi amaran kepada pemimpin dan penyokong parti politik di Kedah supaya tidak menyebarkan maklumat tidak tepat sehingga mencetuskan provokasi yang boleh mengakibatkan suasana panik di kalangan rakyat. Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Muhammad Azlee Abdullah berkata, pihaknya berharap orang ramai menjaga sensitiviti kerana dibimbangi boleh menjejaskan…

Ibu Paksa ‘Ustazah’ Merangkak

M Update, 25/2/2020 – Menyedihkan apabila seorang ustazah sebuah sekolah agama dipaksa merangkak dalam kelas oleh wanita dipercayai ibu kepada seorang murid. Kisah itu mendapat perhatian warganet selepas rakaman video berdurasi dua minit 17 saat tular di laman sosial. Rakaman itu dimuat naik seorang pengguna Facebook bernama Asmadi As-Ad Dimasyiqi…

Terengganu Negeri Terbaik STPM 2019

M Update, 25/2/2020 – Terengganu menjadi negeri terbaik di peringkat kebangsaan bagi keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2019 yang diumumkan hari ini. Kejayaan itu sekali gus menobat Terengganu sebagai negeri terbaik STPM dua tahun berturut-turut dengan purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.02 mengatasi PNGK peringkat nasional 0.25 sekali gus…

‘Semua Diminta Bersabar’ – Agong

M Update, 25/2/2020 – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meminta semua pihak bersabar dan memberi ruang kepada baginda melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua negara. Hadir sendiri bagi menyantuni dan menyampaikan bungkusan makanan segera McDonald’s kepada kumpulan petugas media yang ‘berkampung’ di luar pintu 2 Istana Negara tengah…

Agong Adakan Pertemuan Dengan 222 Ahli Parlimen

M Update, 25/2/2020 – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap 222 Ahli Parlimen untuk sesi temu bual peribadi bersama Seri Paduka.  Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata temu bual ringkas kira-kira dua ke tiga minit seorang bertujuan mendapatkan maklum balas serta…

Kanak-Kanak Parah Dilanggar Van Sekolah

M Update, 25/2/2020 – Murid sekolah rendah parah selepas dipercayai dilanggar van sekolah yang dinaikinya di Perumahan Makmur Penor Utara Jaya di Kuantan, petang semalam. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superitendan Kamarulzaman Jusoh berkata, pada kejadian 2.40 petang itu, mangsa, Nur Zahra Aisyah Mohd Zaini, 7, keluar dari…

Dr Mahathir mulakan tugas Perdana Menteri Interim

M Update, 25/2/2020 – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memulakan tugas sebagai Perdana Menteri interim. Dr Mahathir dilihat memasuki Perdana Putra di sini, yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri, pada pukul 9.29 pagi. Beliau, yang menaiki kenderaan rasmi dengan plat Malaysia 2020, membalas lambaian para wartawan yang membuat liputan di luar bangunan…

Tiada Had Tempoh Jawatan PM Interim – Peguam Negara

M Update, 25/2/2020 – Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, berkata tiada had tempoh bagi jawatan Perdana Menteri interim, untuk menggunakan kuasa budi bicaranya bagi melantik Menteri Kabinet yang baharu. Beliau berkata, walaupun berstatus interim, Perdana Menteri memiliki semua kuasa yang diletakkan di bawah Pejabat Perdana Menteri, termasuklah untuk melantik…