Input your search keywords and press Enter.

Sukan

Singapura ranap impian Harimau Malaya

M Update, 21/3/2019 – Hasrat Malaysia menjulang Piala Airmarine pada penganjuran sulung gagal direalisasikan selepas tewas 1-0 kepada negara jiran, Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. Bagaimanapun, Harimau Malaya seharusnya menyalahkan diri sendiri kerana mempersiakan deretan peluang yang dicipta terutamanya di babak kedua. Ia sekali gus menyaksikan impian…

FAM seru penyokong banjiri Stadium Nasional

M Update, 20/3/2019 – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyeru penyokong bola sepak negara tampil memberi sokongan padu kepada pasukan Harimau Malaya dalam Piala Airmarine menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini. FAM juga menafikan dakwaan kononnya pasukan bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya, dijadikan alat mengaut keuntungan, sehingga harga…

Chong Wei sah tarik diri Terbuka Malaysia

M Update, 20/3/2019 – Jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei terpaksa menunggu lebih lama untuk membuat kemunculan semula dalam kejohanan antarabangsa. Bekas pemain nombor satu dunia itu yang tidak menyertai mana-mana kejohanan sejak disahkan menghidap kanser hidung pada Julai tahun lalu sah menarik diri daripada saingan Terbuka Malaysia…

UEFA dakwa Ronaldo

M Update, 19/3/2019 – UEFA hari ini membuka siasatan terhadap cara Cristiano Ronaldo meraikan jaringan hatrik ketika Juventus bangkit dalam Liga Juara-Juara menentang Atletico Madrid minggu lalu. Badan induk bola sepak Eropah itu berkata, Ronaldo berdepan dakwaan “kelakuan tidak sepatutnya” selepas meniru gaya ‘cojones’ Diego Simeone pada saingan awal pagi…

The Pocket Rocketman, Pesilat kebangsaan Terima Anugerah

M Update, 19/3/2019 – Jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang dan pesilat kebangsaan, Siti Rahmah Mohamed Nasir masing-masing dinobatkan Olahragawan dan Olahragawati Terengganu 2018 pada Majlis Anugerah Sukan Terengganu (AST) di Dewan Arena Stadium Tertutup Gong Badak, sebentar tadi. Lebih membanggakan anugerah diraih Azizulhasni yang dikenali sebagai The Pocket Rocketman…

Liverpool rampas kedudukan teratas liga

M-Update,18/3/2019, LIVERPOOL: Bintang Liverpool, Sadio Mane menjaringkan satu gol dan memainkan peranan penting dalam satu lagi jaringan ketika mereka kembali merampas kedudukan teratas Liga Perdana dengan kemenangan tipis 2-1 berdepan Fulham, semalam. Ia tampak akan menjadi hari yang mengecewakan buat skuad Juergen Klopp selepas jaringan pembukaan Mane disamakan Ryan Babel…

Malam luar biasa Juventus

M-Update,13/3/2019, TURIN: Cristiano Ronaldo menyifatkan kemenangan 3-0 Juventus ke atas Atletico Madrid pada aksi kedua peringkat 16 terbaik Liga Juara-Juara, awal pagi tadi sebagai ‘malam yang luar biasa’ buat juara Itali itu. Selepas mengalami defisit susulan kekalahan 2-0 di tempat lawan bulan lalu, Ronaldo tampil dengan persembahan cemerlang apabila meledak…

Real lantik semula Zidane ganti Solari

M-Update,12/3/2019, MADRID: Real Madrid melantik semula Zinedine Zidane sebagai jurulatih kelab itu dengan kontrak tiga tahun menggantikan Santiago Solari yang dipecat sejurus impian kelab itu mempertahankan gelaran Liga Juara-Juara musnah dalam masa seminggu. Zidane ketika menggalas tugas sebagai jurulatih sudah menjulang tiga gelaran Liga Juara-Juara sebelum berundur Mei tahun lalu…

Keputusan Liga Juara-Juara

M Update, 7/3/2019 – Berikut keputusan Liga Juara-Juara pagi tadi: PSG (1) 1 (Juan Bernat m12)  Man United (2) 3 (R Lukaku m2 m30, M Rashford 90+4pen) Aggregat : 3-3 Porto (1) 3 (Tiquinho m26, M Marega m52, Alex Telles m117pen) Y Roma (1) 1 (D De Rossi m37pen) Aggregat : 4-3 *(Keputusan pertama dalam…

Kontrak dengan Molde mungkin tidak lagi sah – Solskjaer

M-Update,7/3/2019, LONDON: Pengurus sementara Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer berkata kontraknya dengan kelab Norway, Molde mungkin sudah tidak lagi sah. Situasi itu dilihat membuka jalan baginya untuk mengendalikan secara kekal di Old Trafford selepas musim ini berakhir. Bekas penyerang United itu dipinjamkan ke kelab Liga Perdana Inggeris oleh Molde selepas…