Input your search keywords and press Enter.

Tag

Kementerian Kesihatan Malaysia

Ibu Mengandung, Susukan Anak Disaran Tangguh Ambil Vaksin Covid-19

M Update, 22/2/2021 – Wanita mengandung serta yang menyusukan anak disaran untuk menangguhkan pengambilan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech bagi mengelak sebarang kesan sampingan yang mungkin wujud. Pensyarah Perubatan Mikrobiologi Universiti Putra Malaysia Prof Madya Dr Niazlin Mohd Taib berkata, ini kerana buat masa ini belum ada bukti klinikal untuk menyokong penggunaan…

Pasport Vaksin : Dokumen Pengesahan Terima Suntikan Vaksin Covid-19

M Update, 22/2/2021 – Kerajaan bercadang mengeluarkan pasport vaksin sebagai dokumen pengesahan bagi individu yang telah menerima suntikan vaksin Covid-19, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. Dr Adham berkata Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedang memperhalusi cadangan tersebut. “Ketika ini, kita cadangkan dua…

Pesawat Malaysia Airlines Dihiasi Jalur Gemilang Terbangkan Vaksin COVID-19

M Update, 19/2/2021 – Pesawat penumpang Airbus A330-300 milik Malaysia Airlines yang dihiasi Jalur Gemilang bakal menempa sejarah apabila ditugaskan untuk menerbangkan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech untuk keperluan Malaysia pada Ahad ini. Pesawat berkenaan akan membawa 312,390 dos vaksin Pfizer-BioNTech untuk penghantaran pertama ke Malaysia menjelang Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan…

PM Penerima Pertama, Beri Keyakinan Vaksin Selamat – Khairy

M Update, 18/2/2021 – Keputusan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjadi individu pertama menerima vaksin COVID-19 bagi meyakinkan rakyat Malaysia bahawa vaksin tersebut selamat dan berkesan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin. Beliau berkata keputusan juga dibuat selepas penilaian risiko mendapati tugas-tugas Muhyiddin selaku ketua kerajaan dan ahli politik mendedahkan beliau kepada…

Tidak Wajar Umat Islam Tolak Vaksin Covid-19

Pengambilan vaksin Covid-19 ketika ini bukan lagi kehendak individu tetapi keperluan yang perlu diutamakan. Pengarah Bahagian Maqasid Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Norsafina Zainal sehubungan itu berkata, tidak wajar jika umat Islam menolak langkah pencegahan tersebut. Beliau berkata, kebimbangan kesan penggunaan vaksin perlu dilihat secara makro untuk jangka masa…

Pendaftaran Untuk Vaksinasi COVID-19 Bermula 1 Mac

M Update, 17/2/2021 – Pendaftaran untuk vaksinasi COVID-19 akan mula dibuka kepada orang ramai pada 1 Mac depan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengenal pasti beberapa kaedah yang boleh digunakan orang awam untuk mendaftarkan diri selain pihaknya juga akan…

Vaksin COVID: Lima kaedah Pendaftaran Disediakan

M Update, 16/2/2021 – Kerajaan menyediakan lima kaedah pendaftaran menerusi dalam talian atau secara manual untuk orang ramai mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 di negara ini. Menurut Buku Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan VaksinCOVID-19 (JKJAV) hari ini, dua kaedah secara dalam talian adalah pendaftaran menerusi aplikasi MySejahtera…

Saringan Sejarah Kesihatan Dilakukan Sebelum Layak Terima Vaksin

M Update, 16/2/2021 – Saringan alahan dan sejarah kesihatan lain akan dilakukan sebelum seseorang vaksin disahkan layak untuk menerima vaksin. Ini bagi memastikan individu yang tidak sesuai menerima vaksin, tidak diberi suntikan vaksin COVID-19. Selepas seseorang penerima diberikan suntikan vaksin, pemantauan akan dibuat selama 15 hingga 30 minit di pusat…

Malaysia Terima Vaksin Lebih Awal – PM

M Update, 16/2/2021 – Malaysia akan menerima vaksin Pfizer-BioNTech seminggu lebih awal iaitu pada 21 Februari ini. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, setibanya vaksin Covid-19 itu, akan bermula pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bagi fasa pertama pada 26 Februari. “Fasa pertama akan membabitkan saya sendiri bersama petugas barisan…

Vaksinasi Percuma Kepada Warga Asing Di Malaysia

M Update, 11/2/2021 – Kerajaan bersetuju memperluas pemberian vaksin secara percuma kepada semua rakyat asing yang menetap di Malaysia. Mereka merangkumi diplomat, ekspatriat, pelajar, pasangan dan anak, pekerja asing, pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) serta warga asing yang tidak mempunyai dokumen sah. Keputusan pemberian vaksin secara…