Input your search keywords and press Enter.

Vaksin COVID-19 : Tiada Kesan Sampingan – KP Kesihatan

Foto : Twitter Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

M Update, 25/02/2021 – Selepas 24 jam disuntik vaksin Covid-19, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan tubuhnya tidak menunjukkan sebarang kesan sampingan.

Malah Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata, beliau berada dalam keadaan sihat dan tidak mengalami kesakitan.

“Alhamdulillah, sehari selepas menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19, tiada kesan sampingan yang dialami setakat ini. Tiada gejala demam atau pun rasa sakit di tempat suntikan.

“Jumlah larutan vaksin yang digunakan adalah hanya 0.3ml dan jarum yang digunakan adalah jarum yang halus iaitu saiz 25 G,” katanya di Facebook beliau, hari ini.

Noor Hisham menjadi individu ketiga negara yang disuntik vaksin Pfizer BioNTech selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pemandu Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya, Clement a/l Marai Francis. – MalaysiaGazette