Input your search keywords and press Enter.

Tag

Kementerian Kesihatan Malaysia

IMR Siap Siaga Berdepan Virus Baharu Selain Covid-19

M Update, 26/2/2020 – Institut Penyelidikan dan Perubatan (IMR), bersedia berdepan dengan sebarang kemungkinan serangan virus di negara ini selain Covid-19. Pengarah IMR, Dr Tahir Aris berkata, melalui proses dan prosedur ujian pengesanan Covid-19, pihaknya berjaya mengesan virus terbabit dalam tempoh lima hingga enam jam sahaja. Katanya, Unit Virologi, Pusat…

Misi Kedua 66 Rakyat Malaysia Dari Wuhan Selamat Tiba Di KLIA

M Update, 26/2/2020 – Pesawat khas misi kedua membawa pulang rakyat Malaysia, pasangan dan anak-anak mereka dari Wuhan, China, susulan wabak COVID-19, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), awal hari ini. Pesawat AirAsia dalam Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) yang digerakkan oleh kerajaan Malaysia itu, tiba pada jam…

100 Anak Kapal Kita Sihat, Dibenarkan Pulang

M Update, 25/2/2020 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah menyelaraskan ketibaan dan kemasukan 100 warga Malaysia iaitu anak kapal persiaran World Dream yang berlabuh dengan status kuarantin di Tanjung Pengelih, Johor. Semua anak kapal warganegara Malaysia itu diturunkan dari kapal dan dibuat saringan kesihatan pada 22 Februari 2020 sebelum dibawa…

COVID-19 : 2 Lagi Warga China Pulih, Jumlah Terkini Pesakit Sembuh 13

M Update, 19/2/2020 – Pasangan warga China masing-masing berusia 52 tahun dan 49 tahun yang disahkan positif COVID-19 sebelum ini, dibenarkan keluar hospital petang semalam, menjadikan jumlah terkini pesakit sembuh adalah 13. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pasangan suami isteri yang dirawat di Hospital Permai, Johor Bahru…

COVID-19: Tidak Perlu Risau Bergaul Dengan Bekas Pesakit, Individu Selepas Kuarantin

M Update, 19/2/2020 – Masyarakat tidak perlu risau untuk bergaul dengan pesakit COVID-19 yang telah pulih atau individu yang disahkan negatif selepas dikuarantin, kerana mereka bebas daripada virus berbahaya itu. Pegawai Perubatan Penyelaras Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Seremban, Dr Nur Adibah Shaharul berkata individu yang disahkan negatif dua kali berturut-turut setelah menjalani…

KKM : Produk Energy Candy Beracun, Dilarang Jual

M Update, 17/2/2020 – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan produk Energy Candy yang tular di media sosial mengandungi bahan terlarang racun berjadual tadalafil yang disenarai di bawah Akta Makanan 1983. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, produk berkenaan membabitkan ExtrAli Energy Candy, Extra Strong Energy Candy dan Mixed…

Tiada Kes Covid-19 Di Klinik Kesihatan Chaah

M Update, 17/2/2020 – Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menafikan tular mengenai terjadinya kes Covid-19 di Klinik Kesihatan Chaah, Segamat. JKNJ menerusi kenyataan berkata, berita terbabit adalah tidak benar, selain meminta orang awam supaya tidak menyebarkan kenyataan yang tidak sahih. Pengarahnya, Dr Aman Rabu berkata, pihaknya mengingatkan penyebaran berita palsu…

6 Lagi Penumpang MS Westerdam Negatif Covid-19

M Update, 17/2/2020 – Enam penumpang kapal persiaran Westerdam yang kini berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disahkan negatif jangkitan COVID-19. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia susulan keputusan ujian pengesanan COVID-19 yang diperolehi daripada Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), semalam. Enam penumpang itu masing-masing…

Rakyat Malaysia Di Wuhan Selamat

M Update, 14/2/2020 – Tiada rakyat Malaysia yang ditahan di mana-mana hospital di China untuk mendapatkan rawatan lanjut ekoran penularan wabak koronavirus baharu (Covid-19) di negara berkenaan. Mengesahkan perkara itu, Duta Besar Malaysia ke China, Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin berkata, kedutaan yang berpangkalan di Beijing bekerjasama rapat dengan kerajaan…