Input your search keywords and press Enter.

Tag

Kementerian Kesihatan Malaysia

Tiada Kes Koronavirus Di KK Salak

M Update, 6/2/2020 – TIADA kes pengesanan yang disyaki (PUI) koronavirus baharu (2019-nCoV) di Klinik Kesihatan Salak, Sepang seperti ditularkan di media sosial semalam. Pengarah Kesihatan Selangor Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata, semakan mendapati ia tidak memenuhi definisi kes. Malah, ia juga tiada kontak dengan kes positif koronavirus atau sejarah…

Dua Lagi Rakyat Malaysia Positif Koronavirus

M Update, 5/2/2020 – Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan dua lagi warga tempatan positif wabak coronavirus baharu (2019-nCoV). Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata dua beranak itu adalah rakyat Malaysia yang dibawa pulang dari Wuhan, China melalui Misi Bantuan Kemanusiaan yang tiba di negara ini pagi semalam. Katanya, mereka…

JKNJ : Dakwaan Coronavirus Merebak Ke Desa Tebrau Palsu

M Update, 5/2/2020 – Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menafikan kenyataan dan video viral yang menyatakan penularan coronavirus menghampiri kawasan Desa Tebrau, Johor. JKNJ dalam satu kenyataannya menerusi akaun rasmi Facebook mereka menyatakan bahawa dakwaan berkenaan adalah tidak benar sama sekali. Sehubungan itu, pihak JKNJ juga sudah membuat laporan polis…

Kes pertama 2019-nCov Babitkan Rakyat Malaysia

M Update, 4/2/2020 – Rakyat Malaysia pertama berusia 41 tahun yang berasal dari Selangor disahkan positif jangkitan coronavirus baharu (2019-nCoV). Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata lelaki terbabit mempunyai sejarah perjalanan ke Singapura, dari 16 hingga 22 Januari lalu bagi menghadiri mesyuarat bersama delegasi antarabangsa termasuk China. Lelaki…

Coronavirus: Belum Wajib Pakai Topeng Muka

M Update, 3/2/2020 – Kerajaan belum bercadang untuk mewajibkan pemakaian topeng muka di tempat awam susulan penularan novel coronavirus (2019-nCoV) di China. Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, berkata setakat ini virus baharu itu belum menular dalam komuniti di negara ini, justeru mereka yang sihat tak perlu pakai topeng…

KKM : Kesiapsiagaan Negara Di Tahap Terbaik

M Update, 3/2/2020 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menolak dakwaan pihak tertentu yang menyatakan ia lewat menangani wabak koronavirus baharu. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, fasiliti kesihatan dan pasukan bantuan berada pada tahap terbaik, membuktikan kesiapsiagaan kerajaan dalam menghadapi penularan wabak yang bermula di Wuhan, China. “Kita…

Koronavirus : Berita Kematian Lelaki Warga India Di Malaysia Adalah Palsu

M Update, 31/1/2020 – Berita mengenai seorang lelaki warganegara India berusia 23 tahun yang kononnya meninggal dunia di Malaysia akibat 2019 novel koronavirus adalah palsu. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi catatan terbaharu dalam akaun Facebook rasminya menegaskan tiada warganegara India direkodkan oleh makmal yang menjalankan ujian pengesahan koronavirus di Malaysia.…

Pakai Penutup Muka, Hidung Ikut Kesesuaian Situasi

M Update, 30/1/2020 – Situasi semasa penularan coronavirus pada masa ini tidak menjadi satu tuntutan kepada orang awam untuk memakai penutup hidung dan mulut apabila berada di tempat umum. Pakar Perunding Penyakit Berjangkit, Hospital Sungai Buloh, Dr Benedick Sim, berkata ia kerana status penularan coronavirus tidak mencapai tahap membimbangkan kerana…

Malaysia Mahu Bawa Pulang 78 Rakyat Dari Wuhan

M Update, 29/1/2020 – Kerajaan sedia membawa pulang 78 rakyat Malaysia yang masih berada di Wuhan, China dengan segera, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri berkata, Kementerian Luar ditugaskan bagi memohon kebenaran China, untuk membolehkan kerajaan mengambil rakyat negara ini dari bandar raya itu yang kini ditutup susulan penularan…