Input your search keywords and press Enter.

Tag

Polis Diraja Malaysia

Amaran! Penggunaan Bunga Api Ketika Sambutan Tahun Baru

M Update, 31/12/2019 – Polis Kedah memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak bertindak sewenang-wenangnya bermain bunga api khususnya sempena sambutan Tahun Baru 2020 malam ini. Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, pihaknya tidak melarang persatuan, syarikat ataupun persendirian menyambut tahun baru, namun menegaskan semua pihak mematuhi undang-undang ditetapkan…

Polis Buru Lelaki Hina Agama, Institusi Diraja

M Update, 30/12/2019 – Polis menerima laporan berhubung komen berunsur penghinaan terhadap institusi diraja dan agama yang dimuatnaik oleh seorang individu di Facebook, kelmarin. Ketua Penolong Pengarah Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5 Pendakwaan/Undang-Undang, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al Atrash Wahid ketika dihubungi…

Allah Bayar Cash…

M Update, 30/12/2019 – Lelaki yang baru sahaja meragut rantai emas milik seorang lelaki menemui ajal selepas dia dirempuh kereta dinaiki mangsa di Bandar Puteri Puchong, Serdang, semalam. Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, kejadian dipercayai berlaku pada 6.24 petang ketika mangsa yang berusia 44 tahun ingin…

Pasangan Warga Emas Maut Bersama

M Update, 30/12/2019 – Pasangan warga emas maut, seorang parah, manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 71.1 Jalan Kuala Kangsar – Gerik, di Lawin dekat Gerik, malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, Mohamed Rashid Mat Desa, 92, dan isterinya, Fatimah Isa, 83, yang duduk…

Curi Barang Pelanggan, Pekerja Kurier Ditahan

M Update, 27/12/2019 – Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) membongkar sikap tidak amanah seorang pekerja sebuah syarikat kurier di Triang semalam, apabila dia dirakam mengambil barangan milik pelanggan. Melalui rakaman terbabit, lelaki berusia 23 tahun itu yang bekerja sebagai penghantar barang didapati mengambil dua telefon bimbit bernilai RM1,118. Ketua Jabatan…

Scammer : ‘Buat Semakan Jika Was-Was’

M Update, 27/12/2019 – Orang ramai diingatkan supaya membuat semakan terlebih dahulu sekiranya dihubungi oleh individu yang menyamar dari mana-mana jabatan mahupun agensi penguatkuasaan di balai polis berdekatan bagi mengelak menjadi mangsa scammer. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad berkata, keadaan itu terutama…

Jijik! Penyamun Cabul Mangsa Ditahan Polis

M Update, 26/12/2019 – Seorang lelaki berusia 30 tahun ditahan kerana dipercayai mencabul dan melakukan seks luar tabii terhadap seorang wanita yang dijanjikan pekerjaan sebagai model di Pontian, dekat sini, semalam. Timbalan Ketua Polis Daerah (Operasi) Iskandar Puteri, Superintendan Ibrahim Mat Som, berkata suspek yang ditahan di Taman Saujana Pontian,…

Dua Penjenayah Kes Culik Ditembak Mati

M Update, 24/12/2019 – Polis menembak mati dua penjenayah dalam kejadian berbalas tembakan membabitkan satu kes penculikan ahli perniagaan dengan wang tebusan 10 juta Singapura Dollar di Ladang Kelapa Sawit Lot 193, Jalan Meta, Sekakap, Mersing, awal pagi, hari ini. Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Shafie Ismail berkata, suspek ditumpaskan…

Polis Buru Suspek Cabul Kanak-Kanak Di Tandas Surau

M Update, 23/12/2019 – Seorang lelaki diburu polis selepas dipercayai terbabit kes cabul kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun di tandas Surau Al Ikhlas Zon Mawar di sini, 13 Disember lalu. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada 18 Disember lalu selepas…