Input your search keywords and press Enter.

Hanya Empat Pemain Lama Dikekalkan-Bojan Hodak

M Update, 16/1/2019 – “Skuad kali ini dibarisi muka baharu dengan hanya empat pemain dikekalkan daripada tahun lalu itu dikatakan oleh pengendali skuad Bawah 19 tahun negara (B-19) Bojan Hodak. Skuad B-19 kini memiliki seramai 56 pemain, Hodak menegaskan hanya mereka yang menepati kualiti yang dimahukan akan terus kekal berada dalam pasukan itu untuk program akan datang.

“Tidak ramai daripada mereka yang beraksi dalam Piala Belia jadi kami akan mengadakan pemilihan untuk membentuk skuad masa hadapan”. Menurut beliau “Siapa lebih baik, mereka akan terpilih.” selepas memanggil 28 pemain bagi panggilan skuad kebangsaan minggu ini sebelum 28 pemain lain akan menggantikan mereka minggu hadapan.

Lantaran skuad B-19 kini memiliki seramai 56 pemain, Hodak menegaskan hanya mereka yang menepati kualiti yang dimahukan akan terus kekal berada dalam pasukan itu untuk program akan datang.“Tidak ramai daripada mereka yang beraksi dalam Piala Belia jadi kami akan mengadakan pemilihan untuk membentuk skuad masa hadapan. Latihan pusat itu menyaksikan kehadiran penuh apabila semua 28 pemain menghadiri latihan hari pertama itu.

Mengulas lanjut mengenai latihan pusat yang akan berlangsung selama dua minggu itu, Hodak menjelaskan tiga perlawanan persahabatan sudah diatur bagi menguji kemampuan pemain berdepan apabila pasukan yang lebih baik.  “Berbekalkan baki tujuh bulan sebelum aksi Kejuaraan B-19 AFF 2019, saya perlu mencari segera 23 pemain terbaik untuk dibawa ke kejohanan itu,” katanya.

Sebagai rekod, kalendar skuad B-19 dilihat agak sibuk tahun ini yang menyaksikan mereka akan bersaing pada Piala Sanix yang bakal berlangsung di Jepun, Mac ini. Selepas itu, mereka akan mengharungi Kejuaraan B-19 AFF 2019 (Julai) sebelum beraksi dalam Kelayakan Kejuaraan B-19 Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2020 (September). 

Sumber: Berita Harian

Leave a Reply