Input your search keywords and press Enter.

Kegagalan Brek, Lori Rempuh Kenderaan Lain

M Update, 23/1/2019 –┬áSatu kemalangan melibatkan sebuah lori, kereta, lori pikap dan motosikal di Patong Hill, Phuket petang semalam. Kemalangan berlaku disebabkan kegagalan brek lori tersebut dan insiden itu menyebabkan trafik sesak selama tiga jam. Namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Laluan yang terjejas adalah antara Kamala-Patong dan ramai mengadu lewat ke destinasi mereka untuk urusan penting.

Pegawai Polis Patong dalam satu kenyataan berkata, kemalangan berlaku berhampiran  Kuil Suwankeereewong (Wat Patong) di Jalan Phra Baramee, Patong Hill jam 5 petang semalam.

Sumber: Thai Visa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *