Input your search keywords and press Enter.

BENARKAH AKTA HASUTAN TUNJANG KESELAMATAN DAN PERPADUAN NEGARA?

Akta Hasutan tidak patut dilihat hanya sebagai kata-kata diatas kertas. Kita perlu tahu sejarah negara kita dan mengapa ia diwujudkan. Sama ada ia patut dikekalkan atau tidak hendaklah dilihat dari sudut sama ada keadaan itu masih ada atau tidak kerana keadaan itulah yang menjadi asas kewujudannya.

Akta Hasutan yang menjamin keselamatan negara

Akta Hasutan asalnya dibuat oleh British dalam tahun 1948 apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan untuk mengekang penentangan kepada pemerintahan British. Secara ringkas, ia mengandungi kesalahan-kesalahan kerana menghasut untuk membangkitkan kebencian dan tidak taat setia kepada Raja atau Kerajaan, menghasut rakyat untuk mendapat perubahan dengan cara yang tak sah, menghasut orang supaya benci kepada pentabiran keadilan, menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak setia di kalangan rakyat Malaysia, serta megembangkan perasaan permusuhan antara kaum.

Dalam satu forum yang diadakan Tan Sri abdul Aziz Abdul Rahman (Pengamal undang undang) menyatakan bahawa akta ini menjadi topik hangat Malaysia Baru. Ramai juga yang tidak bersetuju akan akta ini dimansuhkan ataupun dihapuskan. Ini kerana ia mampu memgugat keharmonian sesebuah negara. Dengan adanya Akta Hasutan ini, peristiwa hitam 13 Mei tidak akan berlaku lagi kerana Akta ini mampu mengekang isu perkauman yang kerap dimainkan laman media sosial.

Keberkesanan Akta Hasutan

Menurut beliau lagi pada 13 Mei 1969 berlakunya rusuhan dan ramai yang maut akibat tragedi tersebut sejurus selepas itu kerajaan istihar darurat. Ia berlaku apabila isu-isu sensitf yang dimainkan sesama kaum. Akibat peristiwa 13 Mei Akta Hasutan 1948 telah dipinda dengan memasukkan seksyen 3(1)(f) yang menjadikan satu kesalahan bagi sesiapa yang mempersoalkan isu kerakyatan, kedudukan Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu dan hak-hak terntentu yang diberi kepada orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak. Perlu diambil perhatian bahawa ia dilakukan oleh Tun Abdul Razak untuk mengelak berulangnya peristiwa yang serupa

Bagi Dato Ibrahim Ali pula, jika usaha dan tekanan dari pihak yang ingin menghapuskan Akta Hasutan berjaya, maka penghinaan terhadap Islam,orang Melayu dan bumiputera serta Raja-Raja Melayu akan menjadi lebaih hebat kerja tiada lagi undang-undang pencegarah. Malah seluruh perkara dalam Perlembagaan Persekutuaan sudah tidak bermakan lagi kerana sesiapa sahaja boleh mempersoal, mempersenda dan menghina apa yang terkandung dalam asas Perlembagaan negara kerana bukan lagi menjadi kesalahan di bawah Akta Hasutan.

Institusi Diraja perlu dilindung?

Mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan pula Akta Hasutan tidak boleh dimansuhkan demi keselamatan negara. Akta ini sangat di takuti oleh individu yang cuba mengugat keselamatan negara. Pihak-pihak yang cuba menyemarakkan sentimen kebencian antra kaum dan agama akan dapat diatasi dengan adanya akta ini. Hak-hak orang Melayu tidak akan dipersoalkan di kedepan hari.

Insitusi Diraja pula sekarang sudah dimainkan pada masa sekarang. Jika dahulu ada pihak yang menyentuh isu ini maka ia boleh di dakwa di bawah Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Tapi sekarang ia seperti sunyi dan tiada apa-apa tindakan yang sewajarnya. Melihat contoh yang berlaku di negara jiran Thailand, jika insitusi Raja mereka di sentuh atau di persenda seseorang itu akan dipenjara dan perlu meminta maaf dengan kadar yang segera.

Kesimpulan

Jika Akta Hasutan ada kelemahan janganlah kita hapuskan tetapi kita cari jalan untuk memperkuatkan lagi akta ini supaya masyarakat tidak cuba mempermainkan isu-isu sensitif. Demi kepentingan perpaduan akta ini sangat penting. Perkara yang perlu difahami adalah mengenai aspek keselamatan dan kawalan dalam Akta Hasutan yang berfungsi untuk mengekang sebarang bentuk ancaman yang boleh menjejaskan perpaduan rakyat negara ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *