Input your search keywords and press Enter.

Jerebu – Pentadbir Boleh Tutup Sekolah

M Update, 18/3/2019 – Mana-mana sekolah yang kawasannya mencatatkan indeks pencemaran udara (IPU) tertentu boleh ditutup tanpa rujukan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Namun penutupan itu haruslan mengikut standard operasi biasa (SOP) yang ditetapkan.

KPM akan turunkan kuasa kepada sekolah jadi tak perlu ke KPM untuk meminta kebenaran menutup sekolah atau hentikan aktiviti luar. KPM mahu mereka buat keputusan sendiri.

Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) setakat 12 tengah hari tadi merekodkan bacaan IPU tidak sihat di Rompin, Pahang dan Shah Alam.

Rompin merekodkan bacaan 151 manakala Shah Alam, 105. IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply