Input your search keywords and press Enter.

Dah Kebal Sangat La Tu

M Update, 28/1/2019 – Gara-gara melintas trek Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) di Taman Paramount kerana bimbang lewat ke tempat kerja pada 20 Januari lalu, seorang lelaki warga India telah dikenakan denda RM400 oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Jaswinder Singh, 19, mengaku bersalah atas kesalahan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham. Beliau merupakan seorang pekerja kilang dituduh melakukan kesalahan itu pada jam 4.15 petang di Platform 1 Stesen LRT Paramount dan boleh dihukum mengikut Seksyen 62 Akta Keretapi 1991 (Akta 463) yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM500.

Tertuduh yang diwakili peguam Datuk Suraj Singh memohon supaya hukuman denda yang ringan dikenakan terhadap anak buahnya kerana tertuduh sudah pun menginsafi perbuatan itu.

Ni sebagai pengajaran kepada yang lain. Menceroboh atau melintas mana-mana trek LRT atau seumpama dengannya adalah merupakan satu kesalahan besar.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply