Input your search keywords and press Enter.

Lenyapkan ‘Melaka Darul Jem’

M-Update, 7/2/2019, Kerajaan Melaka mahu membina tiga jejantas baharu di lokasi persimpangan strategik dan laluan utama bagi menangani kesesakan lalu lintas di negeri ini. Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam Melaka, Datuk Mohd Sofi  Abdul Wahab berkata, setakat ini terdapat lima lokasi penting yang memerlukan jejantas penguraian trafik namun dua daripadanya telah pun siap dibina iaitu jejantas persimpangan MITC serta Peringgit dengan kos pembinaan kira-kira RM280 juta.

 Menurutnya, pihaknya akan memohon peruntukan supaya dapat dimasukkan dalam pembentangan belanjawan yang akan datang seterusnya misi utama untuk menyelesaikan kesesakan lalu lintas di kawasan bandar dan melenyapkan istilah ‘Melaka Darul Jem.’ “Dua persimpangan telah pun siap dibina, termasuk jejantas persimpangan MITC yang dijangka siap sepenuhnya 11 Februari dan kedua-dua laluan itu telah pun dibuka serta digunakan pengguna dalam tempoh ujian.

“Kedua-dua jejantas ini telah dapat memendekkan perjalanan ke bandar lebih kurang lima minit dan satu yang positif dalam masa yang sama kita tetap berharap Kerajaan Pusat dapat meluluskan peruntukan bagi pembinaan ga jejantas penguraian trak seterusnya,” katanya. Mohd Sofi berkata, antara lokasi pembinaan termasuk berdekatan bangunan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan di hadapan Masjid Al-Azim Bukit Baru selain mahu cadangan projek ‘inner ring road’ dan ‘outer ring road’ diteliti bagi membantu penguraian kesesakan lalu lintas.

“Saya juga sedang merancang untuk mengadakan ‘flag-off’ yang akan disempurnakan oleh Ketua Menteri, Adly Zahari sebagai simbolik merasmikan jejantas penguraian di kedua-dua lokasi itu,” katanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *