Input your search keywords and press Enter.

Ini Adalah PALSU! Jangan Percaya!

M Update, 20/03/2024 – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menegaskan poster Bantuan Khas Kewangan Tahun 2024 sebanyak RM700 yang tular di media sosial sejak semalam yang akan dibayar pada 5 April 2024 adalah PALSU.

Poster itu merupakan dari tahun 2022 yang telah diubah suai. Turut dilampirkan pada status itu ialah poster palsu berkenaan yang pada bahagian bawah kanan poster itu menunjukkan infografik tersebut disediakan oleh UKK (Unit Komunikasi Korporat) JPA pada Disember 2022.