Input your search keywords and press Enter.

Kepala Ditemui Terapung di Sungai

M Update, 7/2/2019 –┬áSeorang nelayan terkejut menemui kepala seorang wanita yang ditemui terapung di sungai Samut Prakarn, Thailand. Ketua Polis Selatan Samrong Pol Col Prasert Buakhao memberitahu media nelayan itu menemui kepala tersebut dekat jeti Petra di Prapadaeng semasa dia hendak turun menjala ikan.

Kepala tersebut mempunyai rambut panjang dan jelas berada dalam air selama beberapa hari. Kepala itu dibawa ke hospital untuk dibedah siasat.

Polis menyiasat senarai orang hilang dan mencari saudara-mara si mati.

Sumber: INN, Thai Visa

Leave a Reply