Input your search keywords and press Enter.

Ajal Dirempuh

M Update, 13/2/2019 – Menyayat hati apabila seorang warga Indonesia maut selepas motosikal ditungganginya dilanggar pacuan empat roda Mitsubishi Triton di Kilometer 28 Jalan Teluk Intan-Sitiawan berhampiran Sungai Ranggam di Kampung Gajah petang semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Muari, 47, maut di tempat kejadian akibat parah pada kepala. Kemalangan itu turut menyebabkan motosikal Honda Wave yang ditunggangi mangsa itu terbakar.

Siasatan awal mendapati pacuan empat roda itu dari arah Sitiawan menghala ke Teluk Intan, manakala motosikal dari arah bertentangan.

Ketika pacuan empat roda berkenaan melalui jalan itu, tiba-tiba motosikal ditunggang mangsa yang datang dari arah bertentangan masuk ke simpang sebelah kanan.

Jarak terlalu dekat menyebabkan Mitsubishi Triton itu tidak sempat mengelak lalu melanggar motosikal berkenaan.

Penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu pikap iaitu lelaki berusia 27 tahun tidak cedera.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *