Input your search keywords and press Enter.

Dasar KKP Negara dilancar

M Update, 28/2/2019 – Dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia, Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) Negara telah dilancarkan semalam oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dasar yang diluluskan Jemaah Menteri dan ditandatangani Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 15 Januari lalu itu adalah sebahagian daripada Pelan Induk KKP 2016-2020.

Dasar KKP Negara akan memandu kepada pematuhan perundangan KKP kepada semua pihak dan menjadi titik tolak kepada perubahan landskap KKP negara ini.

Jika sebelum ini, komitmen terhadap isu KKP ini hanya lantang disuarakan pihak kerajaan tetapi selepas ini, pihak majikan dan pekerja juga akan bersama-sama komited dalam meningkatkan tahap KKP di tempat kerja mereka.

Dasar KKP Negara ini mesti dihormati oleh majikan dan pekerja. Jika tidak, ini boleh mengakibatkan pelanggaran perundangan berkaitan KKP dan tindakan punitif akan diambil oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) seperti notis, sita, kompaun dan tindakan mahkamah di semua sektor pekerjaan.

Pelaksanaan Dasar KKP Negara oleh majikan akan melindungi pekerja daripada sebarang risiko kemalangan dan penyakit pekerjaan, sekali gus meningkatkan produktiviti dan daya saing mereka.

Dasar ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan di negara kita.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply