Input your search keywords and press Enter.

Perintah Berkurung ESSZONE Dilanjutkan Lagi

M Update, 11/3/2019 – Perintah berkurung di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang berakhir esok, dilanjutkan dua minggu lagi bagi fasa ke-109.

Tempoh perintah berkurung fasa baharu itu dilanjutkan oleh Menteri Dalam Negeri mengikut Seksyen 31 (4) Akta Polis 1967 mulai Rabu hingga jam 6 petang pada 27 Mac depan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, peraturan ini meliputi tujuh daerah iaitu Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

Orang ramai di daerah terbabit dinasihatkan supaya tidak berada di lokasi yang diisytiharkan sebagai kawasan perintah berkurung.

Lanjutan perintah berkurung itu bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh pengganas, terutama kumpulan penculikan bagi mendapatkan wang tebusan (KFR) dan kumpulan Abu Sayyaf yang masih cuba menceroboh untuk melakukan jenayah.

Selain itu, ia bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat di negeri ini yang menjadi pengguna perairan, begitu juga di daratan kawasan ESSZONE serta memudahkan pemantauan terhadap pergerakan bot yang mencurigakan.

Kuasa telah diberikan kepada semua ketua polis daerah (di kawasan ESSZONE) untuk mengeluarkan permit kepada pemohon (penduduk), dengan memenuhi syarat bagi tujuan aktiviti perikanan atau laluan melalui kawasan perintah berkurung yang mendesak.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply