Input your search keywords and press Enter.

16 rakyat Malaysia Selamat Tiba

M Update, 11/3/2019 – Pengalaman 16 rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Indonesia atas dakwaan penyalahgunaan visa perlu dijadikan pengajaran untuk mana-mana individu yang ingin ke luar negara.

Kesemua mereka selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada jam 5.10 petang tadi. Mereka disambut Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob, kakitangan kementerian dan ahli keluarga masing-masing.

Rakyat Malaysia yang ingin ke luar negara perlu mematuhi segala peraturan yang ditetapkan negara yang ingin dilawati terutama membabitkan dokumen.

Mereka semua ke Palembang untuk menjalankan kerja kebajikan dan bukannya menjalankan aktiviti perniagaan seperti disangka.

Bagaimanapun, kes ini sudah ditutup kerana siasatan pihak berkuasa Indonesia setelah mendapati mereka melakukan banyak kerja kebajikan sebelum ini.

Pada 22 Februari lalu, Kementerian Luar mengesahkan 16 rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Indonesia di Palembang, Sumatera Selatan pada 9 Januari lalu atas dakwaan menyalahgunakan visa sosial ke republik berkenaan.

Berikutan itu pada 18 Februari lalu Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah mengutuskan surat kepada rakan sejawatnya, Retno L P Marsudi untuk memberi perhatian kepada isu kebajikan serta kesihatan tahanan.

Semua yang ditahan diberikan layanan yang baik sepanjang tempoh ditahan dan tidak akan dikenakan sebarang sekatan jika ingin ke Indonesia semula selepas ini.

Mereka ditahan dalam tempoh yang lama kerana siasatan perlu meneliti segala dokumen berkaitan kerja kebajikan. Terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan Indonesia yang banyak membantu.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply