Input your search keywords and press Enter.

Teksi Elektrik Pertama Malaysia

M Update, 26/3/2019 – Malaysia akan menjadi negara pertama menyediakan perkhidmatan teksi elektrik dijangka beroperasi pada pertengahan Mei 2019.

Pengarah Big Blue Capital (M) Sdn Bhd (Big Blue) Datuk Shamsubahrin Ismail berkata, teksi elektrik dikenali Zeno bermaksud anugerah tuhan dalam bahasa Greek itu, dengan kerjasama tiga syarikat dari China.

“Big Blue diberi lesen pertama operasi teksi elektrik secara e-hailing oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

APAD meluluskan 10,000 kenderaan e-hailing jenis teksi sekali gus Big Blue menjadi syarikat pertama peneraju teksi elektrik di dunia.

Empat jenis kenderaan teksi elektrik akan dikeluarkan iaitu 2,000 jenis kompak, 3,000 sedan dan kenderaan utiliti sukan (SUV) serta 5,000 kenderaan pelbagai guna (MPV).

Ia dijangka beroperasi sepenuhnya akhir tahun depan. Lapan kereta elektrik akan dibawa masuk ke Malaysia untuk Proses Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan akan berada atas jalan pertengahan Mei depan untuk promosi.

Selain itu, 1,000 hingga 5,000 kenderaan lagi akan dibawa masuk untuk perasmian pada 12 Julai depan di Kuala Lumpur City Centre (KLCC).

Kereta elektrik itu dilengkapi tiga tablet yang diletakkan di papan pemuka dan dua diletakkan pada ‘head rest’ kerusi pemandu dan penumpang.

Sebagai langkah keselamatan kereta ini dilengkapi dengan kamera yang akan meliputi luar, dalam dan belakang sekiranya kemalangan dan gangguan lain.

Ia juga akan menggantikan semua teksi Big Blue dan tambangnya menggunakan kaedah sama seperti teksi sekarang.

Aplikasi Big Blue Customer iaitu khas untuk pelanggan yang mahu menggunakan teksi serta Big Blue Partner bagi pemandu turut dilancarkan.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply