Input your search keywords and press Enter.

Avengers : “Endgame” dikatakan 3 jam.

M Update, 30/3/2019 – Tempoh masa filem “Avenger Endgame” dilaporkan akan lebih kurang tiga jam. Saat yang ditunggu sekian lama oleh peminat Marvel hampir tiba kerana filem ini merupakan filem yang paling dinantikan pada tahun ini. Selepas “Infinity War” yang penuh dengan emosi pada pengakhiran jalan cerita dimana Thanos berjaya melenyapkan separuh populasi alam semesta, para peminat tidak sabar untuk melihat bagaimana ahli Avenger di bumi mengembalikan kesan The Decimation serta mengalahkan Titan Mad.

“Endgame” bukan sekadar besar dari segi skop jalan cerita dan sambungan kepada “Infinity War” malah ia merangkumi kisah-kisah satu dekad yang mungkin memberikan sentuhan kepada veteran seperti Iron Man dan Captain America sebelum Marvel Cinematic Universe beralih ke era baru. Dengan segala yang dimainkan oleh minda, tiada siapa sangka “Endgame” akan mengambil masa penonton dan membuatkan para penonton mengosongkan segala jadual harian mereka untuk hari tersebut demi menyaksikan dan memberi fokus kepada filem tersebut.

Walaupun laman AMC Theaters’ yang menyatakan “Endgame” akan mengambil masa 3 jam 2 minit telah dipadam tetapi MCU Exchange sempat “screenshot” laman kenyataan tersebut. Perkara tersebut berbaloi dilakukan kerana informasi berkenaan masa tayangan “Endgame” masih belum dipastikan oleh Disney atau Marvel. Screen Rant bertemu Disney untuk sebarang komen mengenai isu tersebut dan ia akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Walaupun masa tayangan “Endgame” belum rasmi tetapi ia tidak jauh dengan jangkaan iaitu 182 minit. Pada awal bulan, pengarah Joe dan Anthony Russo telah mengakhiri ubahsuai edisi terakhir “Endgame” dan sebelum ini mereka menyatakan filem itu akan ditayangkan sekurang-kurangnya 3 jam. Mereka berkata versi filem tersebut diuji dengan baik, dah disebabkan itu Marvel selesa meletakkan superhero epik untuk menjadikan filem itu terbaik.

Sudah tentu jika masa tayangan panjang, jumlah tayangan seharian juga akan berkurangan dan ia akan memberi kesan pada pawagam tetapi semua yang terlibat dengan “Endgame” termasuk penonton da peminat Marvel lebih mementingkan jalan cerita/naratif yang terbaik buat mereka.

Tiket “Endgame” akan dijual dalam masa terdekat dan jangkaan masa terhadap penghabisan jualan tiket bagi filem tersebut adalah dalam masa yang amat singkat. Tarikh penjualan akan diumunkan dan peminat perlu perlu sentiasa bersedia untuk Avengers. – www.thisisinsider.com

Leave a Reply