Input your search keywords and press Enter.

Celcom mengumumkan perkhidmatan eSIM tetapi hanya untuk iPhone XR, XS dan XS Max

M Update, 31/3/2019 – Satu lagi syarikat telekomunikasi Malaysia iaitu Celcom mengumumkan bahawa mereka menyediakan perkhidmatan kepada iPhone XR, XS, and XS Max yang dilengkapi dengan eSIM. Mengikut laman Facebook Celcom, tidak ada masa yang ditetapkan bila sokongan eSIM akan diperkenalkan untuk pengguna android.

Bagi yang tidak biasa, eSIM adalah “simkad yg terbina dalam’ telefon atau peranti pintar pengguna. Telefon pintar yang menyokong eSIM tidak lagi memerlukan kad SIM biasa daripada syarikat telekomunikasi untuk mendapatkan perkhidmatan, menjadikannya lebih mudah ketika perjalanan/melancong, menukar rangkaian berlainan menggunakan peranti yang sama, dan juga memindahkan talian daripada satu peranti ke peranti yang lain.

Tawaran eSIM Celcom boleh didapati untuk semua pelanggan Celcom sedia ada dan baru serta pelanggan dari syarikat telekomunikasi lain yang ingin menukar talian ke Celcom. Bulan lepas, telco Maxis dan XOX Mobile juga mengumumkan bahawa mereka akan menawarkan perkhidmatan sokongan eSIM. Maxis juga sama hanya menawarkan sokongan untuk iphone XR, XS, and XS Max, manakala XOX juga menyokong iPad Pro 2018, Google Pixel 2, Pixel 3, and Pixel 3XL.

Celcom juga mengumumkan melalui laman Facebook mereka bahawa pelanggan yang melanggan pelan eSIM Celcom akan berpeluang untuk memenangi iphone XR. Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Celcom.

Pengguna yang berminat untuk mendapatkan Celcom eSIM, boleh mendapatkannya di cawangan Celcom Bluecube di seluruh negara, dimana mereka boleh mendapatkan kod QR untuk menambah profil Celcom eSIM mereka yang baru. Menurut Celcom, tiada tarikh yang ditetapkan bila aplikasi eSIM boleh dibuat secara dalam talian.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh lihat halaman Celcom eSIM. – The Star Online

Leave a Reply