Input your search keywords and press Enter.

Ribut Kuat, Bayi Selamat

M Update, 4/4/2019 – Bayi perempuan yang sedang tidur dalam buaian terselamat selepas bumbung rumahnya di Kampung Sungai Durian, Pokok Sena di Alor Setar, diterbangkan ribut, semalam.

Dalam kejadian 4.30 petang itu, angin kencang disertai hujan lebat dikatakan mencabut bumbung rumah berkenaan menyebabkan alang kayu rumahnya tercabut, namun bayi itu sempat diselamatkan ahli keluarganya.

Pegawai Pertahanan Awam Malaysia (APM) Padang Terap, Leftenan (PA) Mohd Shukri Shuib berkata, kejadian ribut itu turut menyebabkan beberapa pokok di Kampung Sungai Durian tumbang dan menghalang laluan jalan di kampung berkenaan.

Anggota APM mengambil masa satu jam untuk memotong pokok yang tumbang dan membersihkan kawasan itu.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan dalam kejadian ini.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *