Input your search keywords and press Enter.

Kanak-Kanak Lelaki Parah Diserang Anjing Liar

M Update, 19/04/2019 –  Seorang bapa berjaya menyelamatkan anak lelakinya daripada serangan dingo, iaitu anjing liar Australia, selepas beliau diseret haiwan itu dari kawasan perkhemahan di sebuah pulau di sini.

Paramedik berkata, keluarga berkenaan sedang berkhemah di kawasan pedalaman di Pulau Fraser di pantai Queensland pada Khamis lalu, ketika mendengar bunyi anak mereka sedang menangis.

“Ibu bapa mangsa tersedar dari tidur ketika mendengar bunyi anak lelaki mereka menangis dan ia kedengaran jauh dari lokasi mereka berkhemah.

“Bapa kanak-kanak itu kemudiannya keluar dari khemah untuk memeriksa dan mendapati dingo sedang mengheret anaknya.

“Beliau turut mengesan beberapa ekor lagi dingo di kawasan berhampiran.

“Lelaki itu terus berlari ke arah anaknya, sebelum berjaya menyelamatkan kanak-kanak itu berada di dalam rahang haiwan berkenaan,” kata paramedik Pulau Fraser, Ben Du-Toit.

Du-Toit berkata, kanak-kanak lelaki berusia 14 bulan mengalami kecederaan parah pada bahagian atas leher dan belakang kepala serta kulit kepala akibat digigit dingo berkenaan.

“Kanak-kanak lelaki itu kemudiannya dibawa menggunakan helikopter ke hospital untuk menerima rawatan,” kata Du-Toit.

Serangan itu adalah yang ketiga dicatatkan di Pulau Fraser, yang disenaraikan sebagai Warisan Dunia, iaitu pulau pasir terbesar di dunia dan menjadi destinasi popular dalam kalangan pelancong. – AFP

Leave a Reply