Input your search keywords and press Enter.

500 Dipindahkan Gas Bocor Di Sydney Opera

M Update, 23/04/2019 – Kira-kira 500 orang dipindahkan daripada bangunan Sydney Opera House yang bersambung dengan sebuah restoran susulan berlaku kebocoran gas, kata pasukan bomba yang masih memantau keadaan.

Pasukan bomba dan penyelamat New South Wales menerusi laman Twitter berkata, petugas syarikat gas sedang memulihkan keadaan dan tidak memberikan sebarang maklumat lanjut berhubung jenis gas atau punca kebocoran berlaku.

Akhbar Australia melaporkan, kebocoran itu berlaku ketika saluran gas utama terkena kerja-kerja pembinaan di lokasi berhampiran. Tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan. – Reuters

Leave a Reply