Input your search keywords and press Enter.

Taufan Fani membadai timur India

M Update, 03/05/2019 – Taufan Fani, antara ribut paling kuat melanda Lautan Hindi dalam masa beberapa tahun, tiba di India hari ini, menumbangkan pokok, menerbangkan gerai makanan dan menyebabkan bekalan elektrik dan air di negara itu terputus.

Bencana itu, mengancam mencetuskan gelombang ribut bahaya yang boleh membanjiri kawasan tanah rendah, mengumpul kekuatan angin sehingga 180 kilometer sejam, ketika ia membadai pantai timur negara itu.

Ramalan cuaca berkata, kawasan berkenaan dapat menyaksikan kekuatan angin sehingga 200 kilometer sejam, menyamai kekuatan taufan Kategori 3 atau 4.

Sejak beberapa hari lalu, pihak berkuasa di Odisha, yang menyaksikan 10,000 kematian dalam kejadian pada 1999, memindahkan lebih sejuta penduduk kerana bimbang dengan kemungkinan gelombang ribut setinggi 1.5 meter.

Pasukan Tindak Balas Bencana India (NDRF) berkongsi imej pokok tumbang sepanjang pantai di Andhra Pradesh ke selatan.

Fani dijangka bergerak ke timur laut ke Benggala Barat dan Bangladesh, dalam laluan yang akan memusnahkan 100 juta penduduk.

Pakar kaji cuaca memberi amaran mengenai ‘kemusnahan sepenuhnya’ rumah, menumbangkan tiang elektrik dan komunikasi, membanjiri laluan menyelamatkan diri dan merosakkan tanaman di beberapa kawasan.

Kira-kira 3,000 pusat perlindungan di sekolah dan bangunan kerajaan didirikan untuk menempatkan lebih sejuta penduduk di Odisha.

Lebih 100,000 paket makanan ringan sedia digugurkan jika diperlukan, menurut laporan. — AFP

Leave a Reply