Input your search keywords and press Enter.

Terima Kasih APM

M Update, 3/5/2019 – Terima kasih anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) kerana terpaksa menggunakan tali dan pengusung bagi menurunkan pesakit lelaki yang berat mencecah 95 kilogram di Cheras, Kuala Lumpur, malam tadi.

Lelaki orang kurang upaya (OKU) menghadapi masalah kesihatan dan memerlukan rawatan segera di hospital. Pesakit berkenaan yang mengalami lumpuh tinggal di unit di tingkat tiga menyebabkan keluarga sukar untuk menurunkannya.

Pihak APM menggunakan pengusung dan menurun lelaki berkenaan menggunakan tali menggunakan konsep seperti menurunkan mangsa dari tempat tinggi dengan menggunakan pengusung dan tali.

Pesakit berjaya dibawa turun dengan selamat seterusnya dibawa ke hospital.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply