Input your search keywords and press Enter.

Guterres lawat mangsa tembakan masjid NZ


Guterres meletakkan jambangan bunga di luar Masjid Al Noor di Christchurch, New Zealand hari ini bagi memperingati insiden serangan dua masjid pada 15 Mac lalu. -Foto AFP

M Update, 14/05/2019 – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres memberi amaran ucapan kebencian disebarkan dalam talian seperti ‘api marak’ dalam pertemuan dengan mangsa insiden tembakan masjid di sini hari ini, memberi jaminan badan dunia itu akan mengetuai usaha menghapuskannya.

Guterres mengunjungi Masjid Al Noor, satu daripada dua masjid di New Zealand yang menyaksikan pembunuhan kejam dilakukan pengganas kulit putih Australia, mengorbankan 51 orang pada 15 Mac lalu.

Ketua PBB itu berkunjung ke negara Pasifik Selatan untuk mengetengahkan impak perubahan iklim namun berkata, beliau juga mahu menunjukkan sokongan kepada komuniti Islam di sini ketika Ramadan.

“Saya tahu tiada kata-kata untuk meredakan kesakitan dan kesengsaraan namun saya mahu datang ke sini secara peribadi untuk menyampaikan kasih sayang, sokongan dan rasa kagum,” katanya.

Beliau memberi mangsa tembakan kejam besar-besaran dalam sejarah New Zealand, wujud ‘peningkatan berbahaya kebencian’ ketika media sosial dieksploitasi untuk mempromosi diskriminasi kaum.

“Ucapan kebencian merebak seperti api marak dalam media sosial. Kita perlu memadamnya. Tiada ruang untuk ucapan kebencian dalam talian atau luar talian,” katanya. -AFP

Leave a Reply