Input your search keywords and press Enter.

Kesan Waris Bayi Ditinggalkan Di Pondok Bas

M Update, 16/5/2019 – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memohon bantuan orang ramai untuk mengesan ibu kandung kepada bayi ditinggalkan di sebuah pondok bas di FELDA Jerangau, di sini, 21 April lalu.

Pegawai JKM Daerah Dungun, Mohd Naufal Yusoff, berkata bayi lelaki berusia sebulan itu ditemui penduduk kampung dalam keadaan dibalut dengan tuala. Beliau berkata, bantuan orang ramai mengesan ibu berkenaan sangat penting dalam usaha JKM menjalankan siasatan bagi tujuan penempatan dan kebajikan bayi itu.

Bayi itu kini ditempatkan di Taman Sinar Harapan Kuala Terengganu dan berada dalam keadaan sihat. Kita meminta kerjasama mana-mana pihak yang mengenali ibu bayi terbabit supaya menghubungi Pegawai Pelindung Daerah Dungun, Akmarizah Mat Yusof, menerusi talian 09-8481205/09-8445824 dengan segera,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan seorang pengusaha kedai makan terkejut apabila menemui bayi itu yang sudah kebiruan akibat menangis terlalu lama di pondok menunggu bas di FELDA Jerangau. Polis yang menerima laporan kemudian menjalankan siasatan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi. – BH Online

Leave a Reply