Input your search keywords and press Enter.

Tiada Kenaikan Harga Makanan & Minuman

M Update, 14/5/2019 – Setiap tahun apabila tiba bulan Ramadan seperti biasa Bazar Ramadan akan menjadi tempat tumpuan orang ramai bukan sahaja yang beragama Islam dan biasanya ada sesetengah peniaga yang akan mengambil kesempatan dengan menaikkan harga makanan dan minuman yang dijual.

Namun pada tahun ini, tiada kenaikan harga makanan dan minuman dikesan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor dilakukan oleh peniaga bazar Ramadan di negeri ini.

Pemeriksaan berkala di lakukan di setiap bazar Ramadan di negeri ini bagi memastikan tiada kenaikan harga makanan dan minuman dikenakan peniaga.

Bermula 6 Mei lalu (1 Ramadan) hingga semalam, sebanyak 2,869 premis diperiksa di seluruh Selangor. Daripada jumlah itu, hanya satu tindakan diambil iaitu berbentuk amaran kerana tidak mempamerkan tanda harga.

Berdasarkan pemeriksaan itu, pihaknya mendapati harga makanan dan minuman dikenakan peniaga bazar Ramadan adalah terkawal dan sama dengan tahun sebelum ini.

Bagaimanapun, pemeriksaan tetap dilakukan setiap petang di semua bazar Ramadan di negeri ini oleh enam cawangan daerah KPDHEP dengan kerjasama 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *