Input your search keywords and press Enter.

5G Mencetus Perubahan kepada Industri

Perkhidmatan 5G berpotensi mengubah perkembangan vertikal industri menerusi sambungan dalaman 5G dengan beberapa sektor yang dijangka akan menghasilkan lebih manfaat serta mencatat pertumbuhan kukuh seiring perkembangan teknologinya.

Antara sektor yang bakal meraih manfaat aripada perkhidmatan 5G ialah peruncitan, media dan hiburan, pelancongan dan perhotelan serta industri pembuatan.

Selain itu, pusat beli-belah di seluruh dunia kini sedang berubah ke arah menjadi pusat pengalaman beli-belah dengan menyediakan nilai tambah seperti perkhidmatan berasaskan rangkaian seperti perkhidmatan permainan realiti maya (VR) dan peta haba untuk memacu perbelanjaan runcit.

Dalam industri media dan hiburan, stadium 5G berusaha menawarkan pengalaman unik dan mendebarkan untuk penonton dengan menggunakan teknologi VR, sebagai contoh penggunaan pernafasan api AR pada hari pembukaan Stadium Baseball Munhak di Korea Selatan tahun ini.

Sektor pelancongan dan perhotelan pula kini giat mengetengahkan konsep hotel pintar dalam usaha melonjakkan industri berkenaan ke tahap lebih tinggi. Baru-baru ini InterContinental Shenzhen di China memulakan rangkaian 5G akhir ke akhir pertama yang akan menawarkan tetamu pengalaman yang inovatif dan mewah.

Di dalam pembuatan industri, peningkatan tekanan kos memacu keperluan untuk ketersediaan jaringan yang tinggi bagi menyokong penggunaan perkhidmatan kawalan jauh dan data masa nyata serta data sejarah untuk analisis ramalan bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti operas.

Menurut kaji selidik yang dijalankan Frost & Sullivan di Persidangan Pengurusan Spektrum Asia Pasifik ke-5 di Kuala Lumpur baru-baru ini mendapati, 79 peratus menyatakan bahawa mereka akan menilai pengendali mudah alih mengikut kualiti rangkaian dalaman yang dialaminya.

Sementara itu, lebih 93 peratus responden bersetuju bahawa ketersediaan Sistem Digital Dalaman (DIS) adalah penting.

Lee Quah berkata, dengan 80 peratus trafik rangkaian ketika ini adalah dari dalaman, tidak sukar untuk melihat penggunaan domestik menjadi pemacu utama rangkaian 5G.

Katanya, dengan peningkatan ketara pelancaran 5G, penggunaan data mudah alih akan meningkat dengan pesat seiring dengan aplikasi baharu Internet of Things (IoT), VR, augmented reality (AR), streaming video langsung 8K dan perkhidmatan berasaskan lokasi ( LBS) yang mana semuanya boleh dinikmati di dalam rumah.

“Ini bermakna pengalaman pelanggan yang bertambah baik di dalam rumah untuk mengadaptasi 5G akan menjadi keutamaan dan sangat penting.

“Tambahan, pengendali mudah alih ketika ini perlu menumpukan perkhidmatannya untuk penggunaan dalam rumah sebagai gelombang pertumbuhan seterusnya,” katanya.

Di pasaran serantau, kajian terhadap pengendali mudah alih yang melaksanakan DIS menunjukkan bahawa operator berkenaan mengutamakan kos yang efektif, ketersediaan 5G yang mampu digunakana secepat mungkin.

Lee Quah berkata, ekonomi konvensional membuktikan bahawa bahagian penawaran perlu dioptimumkan untuk menangani perubahan terhadap permintaan.

“Penggunaan dalaman akan menjadi pemacu utama rangkaian 5G. Industri ketika ini perlu beralih kepada perubahan dalaman DIS untuk membolehkan pelaksanaan 5G dan mencipta gelombang pertumbuhan seterusnya. 5G sudah berada di sini, tiba masanya untuk melaksanakan transformasi terutama di Malaysia. ~BH Online

Leave a Reply