Input your search keywords and press Enter.

Angka maut empangan pecah India kini 13 orang

M Update, 04/07/2019 – Sekurang-kurangnya 13 mayat sudah dijumpai di barat India selepas hujan paling lebat dalam tempoh sedekad menyebabkan empangan pecah dan mencetuskan huru-hara di ibu kota ini, kata pihak berkuasa hari ini.

Pasukan penyelamat berkata, 11 orang masih hilang selepas empangan Ratnagiri terletak sejauh 275 kilometer di selatan hab kewangan ini dilaporkan pecah semalam dan menyebabkan banjir di tujuh perkampungan.

“Operasi menyelamat yang masuk hari kedua berjaya menjumpai 13 mayat dan usaha mencari mangsa lain sedang giat dijalankan,” kata jurucakap Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan (NDRF) India, Alok Awasthy.

Sementara itu, angka korban tembok runtuh di kawasan setinggan kelmarin meningkat kepada 26 orang ketika bandaraya itu diramal menerima hujan lebat sebanyak 200 milimeter dalam tempoh beberapa hari lagi.

Dalam insiden lain, enam buruh maut apabila tembok runtuh di bandar Pune, kelmarin.

Bangunan runtuh dan empangan pecah adalah insiden sering berlaku di India akibat struktur pembinaan yang terlalu lama sehingga tidak mampu menampung hujan berterusan. -AFP

Leave a Reply