Input your search keywords and press Enter.

Kilang Proton Di Pakistan

M Update, 10/7/2019 – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia begitu mengharapkan penubuhan kilang pemasangan automotif Proton Holdings Berhad di Pakistan.

Tun M mencadangkan kepada ahli perniagaan Malaysia untuk meninjau pelbagai peluang perdagangan yang ada di Pakistan.

Terdapat potensi besar yang belum diterokai bagi meningkatkan perdagangan dua hala antara Malaysia dan Pakistan.

Malaysia komited untuk menyediakan persekitaran mesra perniagaan dan kerjasama bagi sesiapa sahaja yang berhasrat untuk melabur di sini.

Malaysia dan Pakistan adalah dua negara bersahabat dengan jumlah penduduk 224 juta, sekali gus menjadi pasaran pengguna yang sangat besar.

Memandangkan Malaysia berharap untuk tingkatkan kerjasama yang lebih tinggi, pertukaran pengetahuan dan pengembangan perdagangan dengan Pakistan, kami amat berharap dapat menjalin kerjasama yang saling melengkapi satu sama lain.

Selain itu, Malaysia dan Pakistan juga perlu berkongsi kekuatan dan mengatasi kelemahan masing-masing untuk muncul sebagai sebuah kuasa ekonomi global.

Sumber : Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *