Input your search keywords and press Enter.

Bakar bangunan kerana plagiat

M Update, 19/07/2019 – Seorang lelaki yang disyaki memulakan kebakaran di sebuah studio animasi di barat Jepun, semalam, mendakwa karyanya diciplak dan merancang untuk melakukan serangan berkenaan.

Angka kematian dalam kebakaran di syarikat Kyoto Animation kini mencecah 33 orang manakala puluhan lagi cedera yang dianggap sebagai pembunuhan besar-besaran dalam tempoh dua dekad, lapor media tempatan.

“Suspek yang ditahan pihak berkuasa, seorang lelaki berumur 41 tahun itu kelihatan tidak puas hati dan seolah-olah marah sambil menjerit karyanya diciplak,” kata seorang wanita yang melihat suspek ditahan.

Media tempatan melaporkan, seorang lelaki tidak dikenali menjerit perkataan ‘mati’, sebelum menyimbah petrol pada pintu ibu pejabat Kyoto Animation, dan menyalakan api pada 10.30 pagi (waktu tempatan), semalam.

Kebakaran itu meragut 33 nyawa manakala 10 lagi dalam keadaan kritikal, kata pihak berkuasa.

Media tempatan melaporkan, seorang lelaki yang menyerupai suspek dilaporkan mengunjungi stesen minyak bersama dua tin memuatkan 20 liter cecair.

Polis menemui dua tin petrol, sebuah beg sandang dan troli serta lima bilah pisau panjang di luar bangunan tiga tingkat itu.

Stesen penyiaran NHK berkata suspek tidak mempunyai kaitan dengan Kyoto Animation dan lesen memandunya menunjukkan alamat di Saitama di pinggir utara Tokyo.

Lelaki berkenaan yang mengalami kecederaan serius pada muka dan kaki, kini di bawah pengawasan polis.

Leave a Reply