Input your search keywords and press Enter.

LIMA PRINSIP UTAMA DALAM TEMA “SAYANGI MALAYSIAKU, MALAYSIA BERSIH”

Tahun ini negara kita akan menyambut hari Kemerdekaan yang ke-62 tahun dengan tema ‘Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih’. Sebagai rakyat Malaysia, marilah kita bertanya apakah tugas dan tanggungjawab sebenar kita dalam memastikan kemerdekaan dan kedaulatan negara berkekalan. Terdapat 5 prinsip Kenegaraan yang popular dan boleh digunakan dalam usaha memupuk jatidiri rakyat Malaysia.

  1. SAYANGI TANAH AIR

Tanah air kita telah melalui pelbagai ranjau sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Para kolonialis seperti Portugis, Belanda, British, Jepun dan Siam pernah menjajah negara kita. Sejarah itu hendaklah menjadi panduan kepada generasi hari ini dan akan datang dengan tidak mengulangi kesilapan yang serupa. Pada hari ini, tanggungjawab kita sebagai generasi merdeka ke-62 tahun bukan setakat mempertahankan tanah air ini, tetapi jauh daripada itu adalah menjadikan tanah air ini bersih daripada aspek luaran dan dalaman. Jangan kotori tanah air kita dengan sampah sarap, perlakuan jenayah, dan tindakan yang boleh mengancam keselamatan negara.

Apa makna menjadi patriotik di Malaysia? Adakah kesetiaan kepada bendera? Bagaimanakah kasih saying kepada kerajaan yang dipilih oleh rakyat? Adakah sifat-sifat mulia seperti amanah, jujur dan bersih?. Patriotisme adalah cinta untuk segala-galanya kepada tanah air termasuklah sejarah, tradisi, bahasa, undang-undang, ciri-ciri tradisional dan semula jadinya. Patriotik juga adalah kasih sayang yang meluas juga kepada karya-karya seni tanah air dan rakyat yang mengangungkan kedamaian. Setiap ancaman keselamatan kepada negara menjadi suatu kesempatan terbaik kepada rakyat untuk menunjukkan cinta sebenar kepada tanah air.

Seperti yang dikatakan oleh ahli sejarah Clyde Wilson, “sesiapa yang memiliki semangat Patriotisme yang tinggi, ianya adalah cinta yang menggembirakan kepada tanah dan rakyat”. Maka, patriotik bermakna mencintai negara dan menyayangi rakyat dengan cara yang mudah seperti menyumbang kebaikan dan menegakkan kebenaran.

2. SAYANGI KEDAULATAN & UNDANG-UNDANG

Rakyat di negara kita hendaklah sedar bahawa sebagai sebuah negara yang telah merdeka, kita perlu mempertahankan kedaulatan negara daripada dijajah semula secara tidak sedar dalam pelbagai bentuk.  Bentuk-bentuk penjajahan ini telah kelihatan dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Dalam politik terdapat banyak petanda neo-colonialism seperti perpecahan, perlakuan racis, dan perbuatan tidak demokratik. Manakala dalam aspek ekonomi, boleh dilihat daripada sikap segelintir rakyat yang tidak yakin membeli barangan buatan Malaysia, mempercayai laporan-laporan daripada poihak asing dan tidak ada kebersamaan dalam mempertaan produk dalam negara. Dalam aspek sosial pula, penyebaran berita palsu dan fitnah di dalam media sosial telah merosakkan perpaduan rakyat.

Kita perlu mewujudkan amalam harmonisasi sepertimana di negara-negara maju asalkan tidak menjejaskan tradisi, adat-resam dan kedaulatan undang-undang di negara kita. Rakyat Malaysia hendaklah mendidik diri supaya akur kepada undang-undang negara dengan mengamalkan sistem akur diri. Mempertahankan Kedaulatan negara adaah tanggungjawab semua lapisan rakyat, bukan tanggungjawab kerajaan sahaja.

Oleh yang demikian, dalam menangani isu-isu keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat, kita perlu sentiasa menghormati undang-undang negara yang sedia ada. Sistem perundangan negara telah teruji dengan baik sejak sekian lama, begitu juga sistem demokrasi berparlimen telah berjalan dengan baik, apatah lagi kita mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang telah berjaya menyatupadukan seluruh rakyat jelata tanpa mengira kaum dan agama.

3. SAYANGI RAKYAT

Rakyat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum, agama dan kepercayaan. Ianya sudah terpahat sejak sebelum merdeka, dan tidak mungkin untuk kembali atau mengubah sejarah. Di dalam Al-Quran menjelaskan supaya hendaklah kamu saying menyayngi dan cinta-mencintai sesame kamu supaya kamu saling kenal-mengenali. Kata Saidina Ali r.a, seluruh umat Islam adalah bersaudara, manakala yang bukan Islam adalah saudara kemanusiaan kamu.

Apakah makna menyayangi rakyat? Menurut pakar sains politik, menyayangi rakyat akan datang secara semulajadi. Ianya bukan usaha sendirian sebaliknya menyayangi rakyat boleh dipupuk dengan pelbagai cara seperti riadah, majllis rumah terbuka, interaksi secara sihat di media sosial, memberi kemafaan dan meraikan kepelbagaian.

4. SAYANGI WILAYAH

Negara kita Malaysia merupakan 14 bua wilayah yang telah kukuh bersama-sama sejak Pengisytiharan Malaysia pada 16 September 1963. Setiap wilayah sebelum merdeka mengalami sejarah dan ranjau yang berbeza-beza, tetapi datuk nenek moyang terdahulu telah menunjukkan semangat bibit-bbit nasionalisme dan patriotic yang unggul. Mereka sanggup mati berhadapan musuh untuk mempertahankan setiap inci wilayah. Mereka melakukannya dengan keberanian yang luar biasa, dan hasilnya pada hari ini kita menikmati kemerdekaan hasil perjuangan mereka. Tugas kita yang paling berat adalah mempertahankan kemerdekaan negara dengan sepenuh hati dan kebijaksanaan.

5. SAYANGI KERAJAAN

Selepas PRU-14, rakyat mempunyai kesedaran yang tinggi akan hak dan tanggungjawab mereka kepada kerajaan. Oleh kerana kita kini berada dalam dunia globalisasi dan kecapaian internet yang semakin baik, maka rakyat turut terdedah dengan pelbagai sumber maklumat. Namun begitu, maklumat yang salah akan merosakkan reputasi kerajaan dan negara, malah paling membimbangkan maklumat palsu boleh menjahanamkan perpaduan rakyat yang telah dibina sejak sekian lama.

Walaupun begitu, tanggungjawab kita adalah meraikan kepelbagian idea serta memberikan maklumat yang tepat kepada rakyat. Dalam konteks Malaysia Baharu, Kerajaan menerima kritikan yang membina dan mempuyai iltizam untuk membawa keadilan dalam sosioekonomi.

Kesimpulannya, tema hari kemerdekaan tahun ini sangat tepat dengan keadaan semasa di dalam dan luar negara. Kepada rakyat Malaysia, diucapkan, “Sayangi Malaysiaku; Malaysia Bersih”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *