Input your search keywords and press Enter.

Pelancong Ireland Hilang : Polis Tambah Kekuatan Anggota

M Update, 5/8/2019 – Polis menambah kekuatan anggota dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja perempuan warga Ireland yang hilang sejak pagi semalam di sebuah resort di Pantai, dekat sini.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Che Zakaria Othman, berkata keluasan kawasan pencarian Nora Anne Quoririn, 15, juga ditambah membabitkan kawasan hutan dan penempatan penduduk.

“Hari ini kami menambah kekuatan untuk operasi SAR iaitu 159 anggota polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Perhutanan negeri dan penduduk tempatan. Kami turut mendapatkan bantuan satu platun pasukan dari Batalion 4, Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras,” katanya pada sidang media di Balai Polis Pantai, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai keluasan kawasan pencarian, beliau berkata, semalam pihaknya sudah melakukan operasi di kawasan seluas 4.9 hektar dan akan diperluaskan lagi. Pasukan dari PGA, JPNS dan orang asli akan memberi tumpuan di kawasan hutan, manakala selebihnya melakukan operasi di kawasan penempatan penduduk dan sekitar Pantai,” katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau menemui remaja berkenaan di mana-mana lokasi atau premis supaya menyalurkan maklumat kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Semalam, akhbar melaporkan seorang remaja warga Ireland yang mengalami masalah pembelajaran hilang dari tempat penginapan keluarganya di sebuah resort di Pantai, di sini. Keluarganya hanya menyedari kehilangan mangsa jam 8 pagi semalam.

Leave a Reply